Pejam celik pejam celik, seiring degap-degup jantung, berjaya juga saya menghabiskan pengajaran semester pertama saya, alhamdulillah. Petang ini dan pagi lusa, anak-anak murid saya bakal menduduki kertas peperiksaan subjek-subjek yang saya ajar. Selepas itu, bermula lah perjuangan marking. Moga diberi kekuatan, amin.
Kasihan anak-anak murid saya, dapat pensyarah yang sangat lah mentah dan tidak pandai. Sesungguhnya, saya banyak sangat belajar daripada mereka. Subjek yang saya ditugaskan mengajar adalah subjek yang dulu paling saya benci. Bayangkan, anda kena lakukan perkara yang dari dulu anda
Dalam tempoh empat bulan ini ternyata banyak sekali hikmah yang akhir-akhir ini sahaja baru saya betul-betul sedar. Allah mentarbiah saya dalam pelbagai cara yang tidak saya sangka sama sekali. Syukur yang teramat. Syukur atas dugaan dan ujian yang mendewasakan, syukur kerana saya punya keluarga dan teman-teman yang tidak putus-putus mendorong, syukur kerana memberikan anak-anak didik yang baik-baik dan menghormati saya, meskipun guru mereka ini banyak sekali cacat celanya. Syukur kerana telah memberikan kemanisan dalam mengajar, ketenangan dalam menatap wajah-wajah mereka yang dahagakan ilmu. Sebetulnya, saya rasa diri ini tidak layak memikul amanah sebegini besar, namun Allah pasti punya sebab-musababnya. Siapa lah kita yang hina ini hendak menidakkan ketentuanNya.
Moga saya mampu menjadi pendidik yang lebih baik dan bersedia pada semester hadapan. Anak-anak muridku, selamat menduduki peperiksaan. Ingat, ini cuma ujian di dunia, meski kejayaannya bermakna, kejayaan di akhirat jauh lebih manis. (in case ada anak murid yang terbaca :D) Ma’attaufiq wannajah !