Friday, December 09, 2016

Monday, January 11, 2016

Judgemental Me

source: Google Image
Location: A petrol station somewhere in Terengganu.

One car was parked exceeding the allocated line, causing a supposedly vacant parking slot to become unavailable. Another car was parked in the air and water section even though the driver did not use the section. Seeing this, with the air of so-called know-it-all someone who had been living overseas, I was so in holier than thou mode,  noisily complained in my head on how uncivilized the Malaysians are. I got into my car, ready to take off when a guy knocked softly on my window, who happened to be the one from the car which was parked out of line.

He motioned his hand while holding something, which turned out to be the cover of my car’s petrol tank. I forgot to put back the cover and just closed the outer cover. It was there all this while on my car. Alhamdulillah I stopped by at the toilet before continuing my journey thus giving the chance for the guy to notice it. I got out of the car and thanked him profusely. He said it’s ok and helped putting back the cover without hesitating. All the previous complaints in my head had gone down the drain instantly.

What a significant life lesson, Alhamdulillah I’m so glad Allah reminded me immediately. A person may not do something right, but that same person may do something else right. Never lose hope in people, and never once think people can’t be better, and make lots of doa for humankind. After all, Allah The Creator of us all Knows Best. 

Hadith: ‘He who has an atom’s amount of takabbur (arrogance) in his heart will not enter Jannah (paradise).’

Sunday, January 03, 2016

Tidak Cukup Islamik?



Apa definisi Islamik?

Definisi mudah dan tipikal: bertudung labuh, berjubah, berserban, solat berjemaah di masjid, ucapan tasbih, tahmid, tahlil dan takbir, jaga ikhtilat, lagu-lagu dakwah, menyokong perlaksanaan undang-undang syariah dan pelbagai lagi yang anda boleh tambah sendiri. Tetapi saya boleh rumuskan, definisi yang selalu dipakai kebanyakan orang ialah berbentuk luaran.

Oleh sebab kita banyak fokus pada luaran, maka timbullah isu berhijab tapi mengumpat dan mengutuk orang. Rajin ke masjid tetapi mendera isteri. Kuat bertahajjud tetapi memainkan perasaan anak dara orang. Suka dengar ceramah agama tetapi suka curi tulang. Dan pelbagai lagi yang juga anda boleh tambah sendiri kerana isu ini sentiasa menjadi justifikasi seseorang tidak mahu berubah menjadi lebih Islamik. Dan saya sebagai penulis entri terlebih-lebih lagi bersalah dalam hal ini.

Adakah salah islamik berbentuk luaran? Tidak salah, tetapi dalaman mestilah seiring. Macam kuih karipap, kalau kulitnya gurih dan rapuh sedap tetapi tiada inti, adakah ia sempurna sebagai karipap?
Islamik secara dalaman juga jarang difahami secara menyeluruh. Banyak yang menjurus pada soal penyucian hati semata-mata. Betul, penyucian hati itu penting, tetapi tindakan hasil penyucian hati itu yang sukar.

Malah ada tindakan-tindakan yang sebenarnya Islamik diperlekehkan oleh orang yang tampak Islamik. Contoh-contoh seperti berikut:

Contoh 1:

Memakai tali pinggang keledar walaupun hanya hendak ke kedai yang berjarak 500 meter.
“Alah engkau ni skema lah, dekat je bukan ada polis pun.”
Mari kita analisa senario ini. Kenapa kita memakai tali pinggang keledar, takut disaman polis atau mengambil langkah-langkah keselamatan. Sebagai muslim, kita disuruh berusaha dan bertawakkal. Adakah tindakan tidak memakai tali pinggang keledar itu dikira bertawakkal? Sila fikir sendiri. Pepatah melayu ada mengatakan, malang tidak berbau.

Contoh 2:
Tidak membuang sampah merata-rata. Ramai melakukan ini tanpa rasa bersalah kerana merasakan semua orang lain pun buat. Adakah ini alasan yang baik untuk kita gunakan apabila dipersoalkan di akhirat kelak? Adakah kita boleh menjawab, “alah, sampah kecil sahaja. Semua orang pun buat.”

Contoh 3:
Membeli telur ayam yang tidak dikurung di dalam reban. Saya akui saya juga pernah memperlekehkan hal ini. Ironinya, kesedaran tentang kebajikan binatang mula semakin mendalam setelah berpeluang bermukim di negara barat majority bukan Islam. Dahulu saya juga memandang serong kepada mereka yang mengambil keputusan untuk menjadi vegan/vegetarian. Saya semakin mengerti alasan mereka demi kebajikan binatang. Ya, tidak salah untuk memakan binatang yang disembelih secara halal. Yang salah ialah apabila binatang-binatang ini dianiayai dalam proses  untuk menjadi makanan manusia. Tiada ruang untuk bernafas di dalam kandang umpamanya. Bagaimana sebagai Muslim kita boleh berasa ini bukan suatu isu.

Contoh 4:
Membeli produk yang tidak menggunakan binatang dalam ujian makmal. Benar, produk sebegini mahal dan tidak semestinya semua orang mampu melakukan ini. Tetapi sekurang-kurangnya jangan mengejek-ngejek orang yang berbuat demikian. Masyarakat kita ini secara amnya suka benar memperlekehkan orang berbuat baik. Peringatan untuk diri sendiri juga.

Contoh 5:
Memandu melebih had laju yang dibenarkan. Apabila ditegur, jawapan berikut adalah biasa:
"Rilek lah, undang-undang dunia sahaja."
Jika berlaku kemalangan yang disebabkan oleh kita memandu laju bagaimana? Boleh jawab dengan Allah menggunakan skema jawapan sama?

Dan banyak lagi contoh yang nampak remeh tetapi besar kesannya kepada jati diri kita sebagai Muslim. Jika perkara-perkara kecil pun dianggap tempelan manakan mungkin perkara-perkara besar dapat dihayati. Umpama sebuah rumah agam, mana mungkin gah tersergam tanpa gabungan bata-bata kecil. Kita selalu berasa hairan kenapa sejumlah negara bukan Muslim lebih selamat dan alam sekitarnya bersih berbanding sejumlah negara Muslim. Saya kira, inilah jawapannya.


Tidak malukah kita beranggapan sudah lengkap menjadi Muslim dengan mengucap kalimah syahadah, solat lima waktu, berpuasa Ramadhan, membayar zakat dan menunaikan haji lalu berasa sudah boleh masuk syurga walaupun mengabaikan hubungan sesama makhluk? (termasuk tumbuh-tumbuhan dan haiwan). Untuk menjadi islamik secara total mestilah mengambil kira dari sekecil-kecil perbuatan. Muhasabah diri.