Monday, May 07, 2007

Pesta Buku

Alhamdulillah, berpeluang lagi saya mengunjungi Pesta Buku. Bezanya kali ini saya terpaksa pergi pada hujung minggu, hari terakhir. Meski saya ingin sangat sebenarnya pergi pada hari kerja untuk mengelak kesesakan, tetapi dek kerana bimbang supervisor saya datang spot-check di lab, saya terpaksa berpuas hati dengan hari Ahad. Seperti dijangka, orang memang ramai. Tetapi tidak lah sesesak tahun lepas sebab ada lima dewan berbeza. Satu dewan khas dimonopoli Karangkraf, tetapi saya tidak beli apa-apa langsung daripada gerai-gerainya. Tahun lepas saya beli buku Ramlee Awang Murshid, Bagaikan Puteri. Saya perasan, ada buku-bukunya yang lain, tetapi saya agak kecewa dengan Bagaikan Puteri dan belum sembuh daripada kekecewaan itu.

Berkunjung ke gerai YADIM, saya beli tiga majalah MILENIA, RM2 senaskhah. Kemudian jurujualnya memberitahu, kalau beli lima dapat percuma DVD Reopen 911. Tidak pasal-pasal saya tambah beli dua majalah Aniqah. Saya memang pantang dengarperkataan percuma. Kemudian saya terjumpa buku Di Bawah Lindungan Kaabah karanganHamka di Crescent Books. Memang sudah lama saya teringin membeli. Tambahan ada diskaun 10%. Rupa-rupanya ada lagi novel-novel Hamka lain yang tidak pernahsaya tahu. Sudahnya saya borong empat sekaligus. Judul-judul yang lain: Angkatan Baru, Terusir dan Di Dalam Lembah Kehidupan. Merantau Ke Deli dan TenggelamnyaKapal Van Der Wijk saya sudah beli di Kinokuniya tahun lepas.

Saya seterusnya mencari gerai Dawama. Berbanding tahun lepas, gerainya agak kecil tahun ini,
mungkin ruang terhad agaknya. Saya tidak beli apa-apa di sini, tapi saya rasa teruja dan sedikit nostalgik apabila menjumpai buku-buku lama yang pernah saya baca masa kecil (Ada yang ayah saya beli dan ada yang saya pinjam dari perpustakaan sekolah rendah). Terutamanya buku berjudul Nyawa di Hujung Pedang karya Nasiruddin Murad (kalau tidak salah ingatan) yang mengisahkan Tanah Melayu semasa pendudukan Jepun. Buku itu kami adik beradik baca sampai tidak berkulit dan tercabut isinya, dan kini sudah hilang pun. Tetapi isinya sangat-sangat saya ingat. Teringin hendak tahu bagaimana rupa pengarangnya.

Kemudiannya saya mencari booth Al-Ameen, niat hendak membeli buku Bila Tuhan Berbicara karangan Faisal Tehrani. Berpusing-pusing, langsung ke tingkat atasnya. Rupa-rupanya di atas cumaada buku-buku akademik. Turun semula memeriksa senarai penerbit dan nomborbooth (sudah tersesat baru hendak menengok panduan) akhirnya dapatlah bertemuAl-Ameen. Saya beli juga buku Isa Kamari, Memeluk Gerhana dan kebetulan beliauada, saya dapat tandatangannya sekali. Menurut jurujual di situ, Faisal Tehrani juga ada datang, tetapi beliau turun ke bawah sebentar. Saya cuma tersenyum, kalau tahun lepas mungkin saya akan menunggu FT (sebenarnya saya datang khas ke Pesta Buku tahun lepas semata-mata hendak berjumpa FT :->). Tetapi zaman saya kemaruk FT telah berlalu, ada sejarah sebenarnya kenapa saya jadi tawarhati, tidak perlu lah diceritakan. Entri ini pasal Pesta Buku bukan? (Haha, saya bercakap macam FT kenal saya je)

Seterusnya PTSpula jadi persinggahan. Tetapi ramai sungguh umat di situ, saya langsung tidak bolehmencelah melihat buku-buku yang ada, lalu saya keluar sahaja. Di sebelah PTS ada Saba’ Islamic Media, ada dipasang vcd ceramah Yusuf Estes yang dijangka datang pada International Islamic Fair bulan Julai ini. Seperti biasa, ada siri ceramah Ahmad Deedat. Rasa sedikit bersalah kerana tidak membeli, tetapi ketahuilah sesungguhnya ceramah-ceramah mereka amat mudah didapati di Internet.Selaku Google dan YouTube addict, saya boleh mendakwa sedemikian. Tetapi secara jujur, saya rasa itu sesuatu yang baik kerana sesiapa pun boleh mendengar danmenadah ilmu penceramah-penceramah terbilang ini. Sekadar pendapat peribadi saya lah.

Apabila jam mencecah pukul satu, umat manusia semakin berpusu masuk. Saya dan adik-adik saya sudah rasa pening-pening, tambahan perut lapar. Maka kami pun keluarlah, lagipun insya Allah sudah habis kami ronda Pesta Buku. Destinasi seterusnya, The Mall untuk mengisi perut. Tahun depan, saya belum pasti saya ada di KL ataupun tidak. Entah-entah di luar negara, Australia mungkin? :D(Ya, ida_zy.. berangan.. berangan.. tesis pun tunggang langgang lagi)

p/s: lama betul saya tidak tulis panjang begini, rasa segar pula otak hehe

Wednesday, April 11, 2007

You Know What I'm Saying?

I got hooked on UmmahFilms lately. My post title actually refers to the famous line in all the videos. Instead of rambling, I think it's better if you go straight to this link (if you already know, alhamdulillah).

The one that is embedded here is one of my favourites. Check it out :)




Monday, November 13, 2006

Post-Eid Tales

Current situation:
- Busy attending open houses
- Struggling to regain the 'thesis momentum'
- Trying to keep track with the milestones

p/s: a proper entry will be posted sooner or later, insya Allah ;)

Saturday, October 21, 2006

Eid Mubarak!

Let us rejoice indeed

For this is the day of Eid

CHORUS: La ilaha illallah Muhammad rasulallah

La ilaha illallah Muhammad rasulallah

‘Alayhi salatullah ‘Alayhi salatullah

Children are wearing new clothes

Bright colours fill the streets

Their faces full of laughter

Their pockets full of sweets

Let us rejoice indeed

For this is the day of Eid

CHORUS Mosques are full of worshippers in rows straight and neat

Their Lord they remember, His name they repeat

Their hands are raised to the sky

They supplicate and plead

On this blessed day

Forgive us they entreat

Let us rejoice indeed

For this is the day of Eid

CHORUS People are giving charity

And helping those in need

In giving they’re competing

Today there is no greed

Let us rejoice indeed

For this is the day of Eid

CHORUS Enemies embracing each other

All hatred is buried

Everyone is celebrating

Greeting everyone they meet

Let us rejoice indeed

For this is the day of Eid

Tuesday, October 10, 2006

Hendak Berehat?

Dulu, semasa saya bersekolah rendah dan menengah, ada drama Rumah Kedai yang selalu saya tonton setiap kali tiba bulan puasa. Ada juga drama Wardah, tetapi saya tidak minat sangat. Entah kenapa, drama-drama khas bulan Ramadhan ini memang saya suka benar menonton. Seronok dapat menengok kisah-kisah yang penuh dengan nasihat sebegitu, walaupun dialognya kadang-kadang agak skema. Rasanya setelah drama Wardah tamat, tiada lagi drama-drama khas Ramadhan yang mengesankan dan diminati ramai.

Hinggalah tahun lepas, drama Cinta Madinah ditayangkan. Ayah saya yang ketika itu bakal menjadi tetamu Allah menjadi penonton setia drama itu. Selalunya sayalah yang menjadi rakan menonton. Adik-beradik saya yang lain tidak berminat sangat. Saya pun bukanlah gemar benar Cinta Madinah, cuma suka mendengar komen-komen ayah sewaktu menonton. Jadi tahun ini, apabila Cinta Madinah 2 ditayangkan saya menggunakan sebaik mungkin teknologi internet ’tanpa wayar’ di bilik asrama untuk menontonnya.

Hampir setiap malam, usai solat tarawih, saya akan meluangkan masa menonton Cinta Madinah 2. Seperti mana Cinta Madinah yang pertama, pada pendapat saya ia agak skema ;). Skripnya penuh nasihat tetapi tidak begitu mengesankan saya hinggalah pada satu babak di mana watak Saidah (Wardina) menegur suaminya yang asyik menyiapkan kerja hingga larut malam. Jawapan ’suami’nya, "Nak berehat? Boleh, nanti kita rehat di akhirat sama-sama. Ini amanah yang mesti abang tunaikan.” Saya rasa batang hidung saya betul-betul terkena dengan dialog itu. Saya ini suka sangat menangguhkan kerja yang sepatutnya dilakukan. Dalam kepala ingat hendak berehat sahaja.

Rasa malu dengan diri sendiri, lebih-lebih lagi dengan Allah. Siapalah saya ini hendak menunda-nunda perlaksanaan amanah yang diberikan. Baru tersedar betapa sombongnya diri sendiri :(. Apapun alhamdulillah, Allah telah menyedarkan saya melalui jalan yang tidak diduga sama sekali. Bukan melalui ceramah agama, sebaliknya menerusi drama tv. Moga Allah ganjarkan pahala pada si penulis skrip dan mereka yang terlibat.

Insya Allah, selepas ini kita sama-sama ingatkan diri apabila terasa malas hendak buat kerja, "Hendak berehat? Boleh, di akhirat nanti insya Allah.”