Tuesday, December 25, 2007

Terkini - Mencari ...

Sekarang saya enak-enak sahaja melepak di rumah, bermain-main dengan anak-anak buah, makan tidur. Namun saya dalam debar sebetulnya. 1 Januari ini insya Allah saya bakal memulakan alam pekerjaan di UiTM Dungun, Terengganu. Saya masih belum tahu akan mengajar subjek apa, di mana saya bakal menginap. Salah sendiri juga, saya belum menghubungi UiTM Terengganu pun huhu. Seronok sangat melepak. Insya Allah esok saya telefon . Oh ya, sebenarnya saya mahu bertanya di sini jikalau ada kenalan atau anda sendiri menetap atau bekerja berhampiran UiTM Dungun. Kalau anda tahu sesiapa yang memerlukan teman serumah atau rumah sewa murah-murah, harap dapat emel saya ASAP ya. Terima kasih.

UPDATE:
Saya sudah dapat rumah sewa. Insya Allah akan berpindah secara rasmi 1 Januari ini. Terima kasih pada teman-teman baru UiTMT yang membantu saya.

Friday, December 14, 2007

Allah Is Great

Allah is Great! Alhamdulillah, I had submitted my thesis. I had also settled filling all the necessary forms before I report duty next year. That's all for now, insya Allah I'll give full updates soon.

Thursday, November 22, 2007

Bab Baru....


Bab lama belum selesai, saya sudah perlu buka bab baru. Rasa sangat penat. Tolong doakan saya supaya menjadi hamba yang redha dan bersyukur. Supaya saya menjadi hamba yang tahu menghargai nikmat dan amanah yang diberikan olehnya, semoga saya tabah menghadapi apa jua cabaran yang mendatang. Ida_zy, anggap saja ini another bend in the road. (rujuk Anne of Green Gables, karangan Lucy Maud Montgomery)

Wednesday, October 10, 2007

Eid Mubarak: Undefined

It’s almost Eid, and my thesis status is still undefined. I have submitted the first draft of the first four chapters to my supervisor for correction. I pray that he will take a good look at it and we could discuss about it after Eid. In the meantime, I’m working on the most crucial part of my thesis which shows no hint of progress.

Another thing which bothers my mind: my face skin care condition is getting worse; in fact this is the worst in many years. I don’t want to sound superficial but there are at least two persons commenting about my face, “Ida, apa jadi dengan muka awak?” A normal woman could not just pretend that this matter does not bother her at all. Pimples keep popping, not to mention the existing whiteheads, blackheads, freckles. To make things worse, I like to pinch my pimple, leaving all those ‘nice’ scars. All of a sudden, I got mad at one skin care product that promotes: say no to bread face. I’m thinking, what’s wrong with bread face, I got bread face!

Two good friends of mine said, maybe I am stressed with the thesis. Yup, I am stressed on worrying of doing nothing when actually I should be doing something which I don’t know how to do it. There, I feel better after writing all this. I know, I should be grateful with what I have and keep striving for the best. But please excuse me my dear reader(s), a grumpy lady needs to whine once in a while

During this eid break, I need to work out the method on how to incorporate the following equation into my code:

AverageDelay(t) = α * AverageDelay(t -1) + (1−α) * MeasuredDelay(t)

AverageDelay(t) = average delay at round t

AverageDelay(t-1) = average delay at round (t-1)

α = weighted factor

MeasuredDelay(t) = measured RTT at round t

That’s more than enough technical terms I think. Just feel like sharing the burden, that’s all. No need to take it seriously :)

'Ala kulli hal, Eid Mubarak, my friends. We have two days of Ramadhan left. Let’s make the best of it!

Thursday, October 04, 2007

Nama Beta Sultan Alauddin

Tajuk : Nama Beta Sultan Alauddin
Pengarang: Faisal Tehrani
Penerbit: Aberdeen Books

Sebelum buku ini keluar, saya telah berpeluang membaca beberapa bab daripada buku ini dalam bentuk cerpen. Ironinya, cerpen yang merupakan bab terakhir buku ini telah saya baca jauh lebih awal dalam Majalah I. Semacam spoiler juga lah jadinya.

Ringkasnya, ini kisah tentang salah seorang sultan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, Sultan Alauddin Riayat Shah gelarannya. Baginda merupakan anakanda Sultan Mansur Syah dengan puteri Majapahit. Menariknya Sultan Alauddin merupakan Sultan yang sangat-sangat menekankan perlaksanaan syariat Islam dalam pemerintahannya. Baginda memang terkenal alim dan saksama orangnya.

Sasaran buku ini sebenarnya adalah kanak-kanak. Bahasanya pun mudah difahami tetapi tetap menarik. Secara jujurnya, saya berpendapat ada babak-babak yang boleh dikategorikan sebagai 18 SG. Tetapi tidak mengapalah, tidaklah ganas mana dibandingkan dengan filem dan drama bersiri yang sering ditonton di tv.

Tidak tahulah samaada disengajakan ataupun memang kisahnya begitu; akan tetapi saya mendapati kisah Sultan Alauddin mirip kisah hidup Khalifah Umar Abdul Aziz. Dari karakter, perjalanan hidup hingga pengakhirannya, ternyata ada persamaan. Waktu sekolah menengah, kisah Sultan Alauddin ada disentuh dalam subjek sejarah. Semasa itu saya membayangkan Sultan Alauddin seperti Khalifah Umar Al-Khattab (nenda Khalifah Umar Abdul Aziz).

Pengarang memang berjaya membuatkan kita rasa kagum pada Sultan Alauddin, malah kita jadi sangat-sangat kepingin menyaksikan pemerintahan pemimpin seumpama baginda sekarang. Ketampanan sosial (meminjam istilah Puan Ainon Mohd) Sultan Alauddin teramat menyerlah sepanjang pembacaan buku ini. Satu lagi kebetulan yang mungkin disengajakan, nama guru Sultan Alauddin ialah Nuh Ha Mim. Tidak dapat tidak saya terbayangkan Sheikh Nuh Ha Mim Keller. Tetapi pengarang pernah juga menggunakan nama Dr Lo' Lo' dalam buku 1511 Kombat. Ada maksud tersirat mungkin?

Pengakuan jujur daripada saya, saya menangis sewaktu membaca dua bab daripada buku ini. Bab yang mana, saya tidak mahu beritahu, nanti jadi spoiler. Rasanya inilah kali kedua saya menangis baca buku kanak-kanak. (Kali pertama saya menangis baca buku Harry Potter and the Half-Blood Prince pada bab majlis pengebumian (pengkebumian?) Dumbledore). Namun, tangisan yang ini lebih bermakna rasanya. Tangisan keinsafan dan kesedaran insya Allah. Betapa dunia Islam sangat memerlukan pemimpin seumpama Sultan Alauddin terutama dalam zaman yang penuh fitnah ini. A must read!