Thursday, May 14, 2009

Cumbu Chemerong

Bilah-bilah air bagai bertasbih

Deras mengalir tanpa lesu

Seolah bertegas

Lihatlah kami

Mara ke hadapan

Tiada toleh lagi, tiada ragu lagi

Kerana kami yakin

Allah punya rencana

Tidak pernah menganiaya

Tidak pernah mendusta

Cumbu Chemerong

Membawa rasa takjub

Menerobos sukma

Tadabbur ciptaanNya


Ida_zy

Lata Chemerong, Dungun

Mei 2009

2 comments:

Anonymous said...

best best!! Subhanallah..

Ibah said...

Ida.. sy suka bangat puisi ini... pandai sungguh kamu.. tulis lagi ye..:)