Source: Google Image |
Wujudkah
perempuan yang tidak suka apabila dikatakan dirinya cantik? Mungkin ada
segelintir yang benci dipuji rupawan, tetapi untuk entri ini kita memukul rata
yang semua perempuan suka apabila ada yang memujinya cantik. Tambahan pula jika
yang memuji itu pasangan dan ahli keluarga. Ya, saya juga termasuk dalam
golongan umum itu, besar hati apabila dipuji cantik. Kesimpulannya, kerana mahukan
pengiktirafan dari orang lain yang dirinya cantik, perempuan boleh jadi hilang
keyakinan diri, obses yang dirinya banyak cacat cela, malah boleh membawa sakit
mental dan jiwa.
Malah perempuan
yang dianggap cantik oleh majoriti masyarakat turut merasakan dirinya masih ada
kekurangan. Begitu sekali penangan tekanan daripada pandangan orang. Sebagai Muslim,
sewajarnya kita maklum yang bukan pandangan manusia yang kita cari, sebaliknya
pandangan Allah yang paling utama. Tetapi cakap lebih senang dari praktikal
bukan. Hati tersentuh juga apabila sahabat atau saudara mara mendapat
sanjungan, tetapi diri sendiri tiada siapa peduli.
Sejujurnya,
saya juga mengalami ‘inferiority complex’ dalam bab kecantikan fizikal ini. Selalu
mengingatkan diri yang dunia ini tidak kekal agar tidak terus-terusan luntur
keyakinan diri, namun sering kalah dengan penyakit hati dan nafsu cintakan
dunia. Kemudian berlanjutan merasakan diri sendiri mangsa yang sebenarnya tidak
ada apa yang hendak dimangsakan.
Ditakdirkan
Allah, baru-baru ini saya mendengar siri kuliah oleh Brother Nouman Ali Khan bertajuk
‘Hijab’ di Bayyinah TV yang saya langgani sejak tahun lepas. (Please1000x subscribe Bayyinah TV, insya Allah banyak sangat manfaatnya) Beliau menyentuh
tentang keobsesan wanita dalam bab mahu cantik dan dipandang cantik. Antara ayat
beliau yang sangat menyentap ialah, “If
you are so obsessed with physical beauty, you will not have time to be obsessed
with Allah.” Ok, sangat kelu lepas dengar ayat tersebut. Rasa macam kena
tujah di batang hidung.
Tetapi
point beliau yang paling memberi impak kepada saya apabila beliau menyebut yang
wanita tidak perlu bersusah payah menanti dan mengharap pengiktirafan
kecantikan daripada manusia. Allah S.W.T sendiri telah mengiktirafnya di dalam
Surah An-Nur Ayat 31:
"Dan
katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan
mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan
perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya;" (hingga akhir
terjemahan)
"dan janganlah"
“ mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir
daripadanya”
Petikan
ayat di atas saya telah baca dan dengar entah berapa kali, tetapi tidak pernah
saya menerima penjelasan dari perspektif seperti yang dinyatakan oleh Ustaz
Nouman. Beliau menjelaskan, di dalam ayat tersebut: Allah mengesahkan yang
wanita itu walaupun sudah menutup aurat, kecantikannya akan tetap terzahir. Bagi
wanita mungkin dia merasakan, jika sudah tutup-tutup bagaimana kecantikannya
akan disedari orang. Tetapi Allah sendiri, Pencipta wanita sudah berfirman,
kecantikan wanita itu memang akan terzahir. Kalau Pencipta kita sendiri yang
Maha Tahu sudah mengiktiraf sedemikian, perlukah lagi pengiktirafan manusia
yang terbatas pengetahuannya? Allahu Akbar. Perspektif ini sangat memberi kesan
kepada cara saya berfikir dan Alhamdulillah mendapat kekuatan untuk berhenti
memangsakan diri.
Tetapi
jangan pula, mentang-mentang Allah sudah mengiktiraf kita cantik, kita ambil
jalan mudah tidak mahu menjaga kesihatan, tidak mahu membersihkan diri pula ya.
Insya
Allah di akhirat nanti, kalau di dunia kita berusaha untuk menjadi orang soleh,
semua orang cantik-cantik dan muda belaka. Oleh itu, “Let us be obsessed with
seeking Allah’s pleasure.” Peringatan untuk diri sendiri lebih-lebih lagi.
Allah Knows Best.
No comments:
Post a Comment