Sunday, June 28, 2015

Perih Pelangi



Munculku bukan selalu
Usai hujan yang muram
Panas yang ceria
Buatku teruja
Menampakkan diri
Membiaskan rona tujuh warna
Indah tidak tergambar bicara

Kerana Allah Maha Mencipta
Merangka segala
Mewajarkan kehambaan
Kepada Yang Maha Bijaksana
Pencipta keajaiban alam semesta
Juga Yang Maha Tahu
Sempadan dan panduan kehidupan

Aku pilu
Aku ciptaan Allah Maha Teliti
Dijadikan lambang nafsu syaitan
Bergegar jalur-jalur biasanku
Menangisi keingkaran manusia
Yang bertuhankan akal mereka
Sedang aku tidak pernah leka
Bertasbih memuji kebesaranNya

Hadirku tidak lama
Begitu juga kamu
Manusia yang ingkar
Bersegeralah mencariNya
Gapai redhaNya
Bukan kesenangan yang fana



No comments: