image source: towardsdatascience.com |
Berikut ialah langkah-langkah untuk menjadi seorang pahlawan papan kekunci yang berakhlak mulia:
Meletakkan nama atau ID
sebagai tanda bertanggungjawab atas apa yang ditaip. Bayangkan perasaan anda apabila
seseorang yang tidak dikenali masuk ke rumah anda lalu terus menuju ke dapur
untuk makan atau masuk ke bilik untuk berehat. Pengenalan diri adalah sangat
penting.
Menggunakan
bahasa yang sopan, tidak memaki hamun atau mencarut juga tidak menyumpah. Untuk
menyampaikan hujah, tidak perlu berbahasa kasar. Anda mungkin puas hati, tetapi
mesej selalunya tidak sampai. Hanya menimbulkan pergaduhan malah menambah dosa
pula.
Memberikan
komen di dalam lingkungan tajuk. Jika mahu lari dari tajuk, sila buka tajuk lain
atau ziarahi laman berkaitan dan berikanlah komen sewajarnya.
Meraikan
pandangan pahlawan papan kekunci lain yang berbeza. Meraikan bukan bermaksud
bersetuju, sebaliknya untuk memberi peluang dan bersikap adil.
Jika mahu
menulis secara parodi pastikan ada disclaimer
awal-awal bagi mengelakkan salah-faham dan salah sangka. Jika masih ada
yang salah faham, anda sudah boleh berlepas diri.
Elakkan
mengulas secara memandai-mandai pada sesuatu isu tanpa pengetahuan. Hearsay, desas-desus dan spekulasi tidak
dikira sebagai pengetahuan.
Usah melayan
provokasi terutamanya daripada golongan anonymous.
Tidak melayan bukan bermakna anda di pihak yang salah.
Apabila hendak
menegur kesalahan, sebaik-baiknya mesej dahulu secara peribadi. Jika tidak
berkesan, barulah melakukan secara terbuka.
Paling
penting, ingatlah Allah sentiasa memerhatikan perbuatan kita. Seperti mana kita
menjaga percakapan, jagalah juga tulisan kita. Wallahua'lam.
No comments:
Post a Comment