Friday, September 21, 2007

Muhasabah, Hikmah dan Kaffarah


Setelah disemak arkib entri blog saya, ternyata saya jarang sekali bicara soal tesis. Entah kerana apa, saya juga kurang pasti, mungkin saya cuba berpura-pura yang tesis saya berjalan lancar, wallahua’lam. tetapi, kali ini saya ingin menulis perihal tesis saya.

Begini kisahnya, adapun intipati utama tesis saya ini adalah untuk menjalankan satu mekanisma yang bertujuan untuk memperolehi keputusan simulasi yang lebih baik daripada yang telah saya jalankan sebelum ini. (saya tidak mahu masuk kepada aspek teknikal, cukup sekadar itu). Perolehan results yang lebih baik daripada benchmark results adalah sangat penting dalam menentukan tahap kekuatan thesis contribution saya. Andai ia tidak tercapai, saya akan mengalami risiko dihentam examiners sewaktu viva nanti, lebih teruk lagi mungkin saja resubmission, nauzubillah. Sebetulnya mungkin bagi orang lain, apa yang saya buat ini senang sahaja, tetapi bagi saya yang kurang cerdik dalam programming ini, terkial-kial jugalah saya.

Semalam, seperti biasa saya menggodek-godek codes. Entah berapa banyak method dan algorithm yang saya tukar pun saya sudah tidak ingat. Seperti biasa, saya melakukan debugging and compiling. Entah bagaimana semalam, setelah saya extract data, saya dapati ada pengurangan kuantiti pada satu metric, yang mana bermaksud performance telah dapat dipertingkatkan. Gembira usah dikata, sampai bergenang air di pelupuk mata. Saya pantas melakukan sujud syukur. Namun, Allah punya rancangan untuk saya. Ketika saya melihat semula results, ternyata saya salah tengok, dan sebenarnya tiada perubahan pun. Saya diselubungi rasa marah, geram, bengang, bercampur-baur malah terasa dipermain-mainkan. Entah marah pada siapa, bengang pada siapa. Itulah kalau nafsu merajai diri.

Saya cuba menenangkan diri, mengambil Quran dan membacanya. Sampai kepada ayat ”sesungguhnya Allah bersama-sama orang yang sabar”. Bukan kebetulan, memang telah Allah tentukan agar saya bertemu ayat itu. Usai membaca Quran, anehnya ketenangan tadi yang mula hendak menyinggah, lenyap. Saya jadi marah dan masih terasa dipermain-mainkan. Astaghfirullah, buruk betul perangai. Akhirnya, saya mengambil bantal dan berbaring di atas tikar, cuba melelapkan mata. True escapist! Saya terlelap dalam 10 minit, dan terjaga. Saya memandang siling, tiba-tiba bagai mendapat pencerahan. Terngiang-ngiang di telinga saya, ”Kau nak marah pada siapa? Pada Allah? Kau rasa Allah main-mainkan kau? Padahal kau lagi banyak main-main dalam ibadah. Layakkah kau nak bengang dengan Allah?”.

Alhamdulillah Allah menyedarkan saya. Saya bingkas bangun, kebetulan hampir solat asar dan terus berwudhuk. Rasa malu yang amat sangat pada Allah. Saya yakin, itu memang balasan yang setimpal pada saya, kerana semasa saya mula-mula menyangka results saya sudah elok, saya sudah berangan-angan hendak bertemu supervisor. Terbayang-bayang senyuman dan pujian yang akan diberikan. Saya membayangkan selepas ini kalau ada yang bertanya status tesis saya, saya boleh jawab dengan bangga, ”cuma tinggal writing”. Itulah, terlampau risau pada pandangan orang. Padahal Allah sudah mengatakan, kalau kesukaan manusia yang kamu mahu itulah yang kamu dapat, bukan keredhaan Allah.

Alhamdulillah, saya bersyukur, bersyukur sangat-sangat kerana menyedarkan hambaMu ini ya Allah. Terima kasih atas tarbiahMu pada bulan yang mulia ini ya Allah. Sesungguhnya sifat putus asa bukanlah sifat hamba-hambaMu yang diredhai. Jauhilah aku daripada sifat tidak ikhlas dan riak ya Allah. Semoga kita semua diberi kekuatan menjalani tarbiah yang ditentukan olehNya. Amin..

Monday, September 17, 2007

A Better Ramadhan, Insya Allah…


Today is the fifth day of Ramadhan. How time does fly. Indeed, time is like a sword. I feel like being slashed by it when I procrastinate. Nevertheless, all Muslims anticipate Ramadhan, including me. This is the month when we tend to recite Quran more frequently, the time when we do not hesitate in carrying out good deeds. Subhanallah.

Being able to celebrate Ramadhan in my beloved IIUM, certainly doubles the joy. For three consecutive days, I had my iftar at the IIUM Mosque. However, yesterday I bought food for iftar at IIUM Ramadhan Bazaar. The reason? I could not eat bread anymore for iftar huhu. My Malay stomach yearns for rice. This year’s iftar is really different, the menu is bread and soup. Unlike the previous years, the menu varied from day to day, and usually it is RICE. I sound like an ungrateful person eh, for being picky with my iftar menu. Don’t get me wrong, the bread is soft and delicious and big, and the soup is really good. To be honest it is enough to satisfy my hunger. But still, being raised with at least two rice meals per-day… you know what I mean

I really love performing Tarawwih Prayers in IIUM Mosque. I don’t know how to describe the feeling, just try it for yourself. Somehow I could grasp the idea of unity within diversity when I see IIUM students from various countries coming to the mosque to pray. Different complexion, different clothing, you name it. And each time the brothers recite ‘amiinnnn’, my ‘bulu roma’ (what is it in English, I don’t know) stands up. Something to do with Muslim brotherhood, I suppose.

As for the sisters, this is the time when we get to see many toddlers brought by their mothers. There are many mothers-to-be who are willing to play with them, much to their mothers’ approval. Like yesterday, while I was reciting Quran after witr, there was one Arab baby (he’s around 2, I guess) kept coming near me. When I tried to hold his hand, he would run away. But there’s no mistake he was smiling. So cute! He just kept coming and running away again. After I finished reciting the Quran, as I was heading to the exit, I bumped into him again, he was still all smiles. This time I hugged him and kissed him on his cheek. (geram, tak tahan hehe). He seemed to like it, because he grinned. So I hugged and kissed him again, this time he tried to pull away hehe, Alhamdulillah he didn’t cry. He must have been thinking, who is this makcik? One peck is enough la.

Well, let’s pray for a better Ramadhan. Let’s pray that all Muslims shall unite in the same path in an effort to search for the truth. May this Ramadhan change us to become better Muslims for the sake of the Allah’s pleasure. On a sentimental note, I know I shall miss Ramadhan in IIUM next year. Verily Allah knows better. Ramadhan Al-Mubarak everyone.

Qod kafaa nii ‘ilmu rabbi, min suaalii wakhtiaarii

Indeed, what is sufficient for me lies within Allah’s knowledge, in accordance with my wish and effort, amiinnn..

Saturday, September 01, 2007

Malaysiaku Gemilang 50 Tahun, Semoga Dirahmati Allah S.W.T


Masih terngiang-ngiang lagu Malaysiaku Gemilang nyanyian Roy di telinga saya. Apa tidaknya, akhir-akhir ini hanya lagu itu yang diputarkan merata-rata tempat. Rasanya sudah lama saya tidak ’keep track’ tema Hari Kebangsaan, tetapi tahun ini saya boleh dengan bangganya mendakwa saya tahu tema Hari Kebangsaan. Tidak patriotikkah saya kerana tidak tahu tema hari kebangsaan? Tidak patriotikkah saya kerana tidak mengibarkan jalur gemilang?

Berdasarkan definisi patriotik umum yang ditanggapi seorang layman seperti saya, patriotik itu maksudnya cinta negara. Saya ada merujuk wikipedia tentang istilah patriotik ini, ada artikel yang menyatakan golongan beragama seperti Roman Catholists dan Muslim diragui kesetiaan mereka pada negara. Hairan juga ya, apa agama tidak mengajar penganutnya cintakan tanah airkah? Mustahil orang yang taat agama rela melihat negaranya berantakan, dijarah tangan-tangan penjajah. Rujuk sahaja sejarah Mat Kilau, Tok Gajah, Datuk Bahaman (saya banyak merujuk pahlawan Pahang kerana saya orang Pahang), Haji Abdul Rahman Limbong dan ramai lagi. Kesemuanya terkenal sebagai pahlawan yang alim, dan mereka jugalah yang memimpin barisan menentang penjajah. Kenapa saya berceloteh panjang tentang hal ini, kerana saya bosan dengan semangat kemerdekaan hanya pada permukaan. Melaungkan ungkapan merdeka pada malam menjelang 31 Ogos, mengibar-ngibarkan bendera, kemudian bersukaria hingga pagi tanpa tujuan. Patriotikkah itu?

Sayang pada negara harus dibuktikan lebih daripada itu. Jika anda seorang pelajar contohnya, belajar rajin-rajin, jika anda seorang pekerja awam, kerja betul-betul, hatta tukang sapu sekalipun, andai anda ikhlas berbakti pada agama, bangsa dan negara, anda patriotik. Saya menganggap Malaysia ini seperti sebuah kediaman yang besar, pentadbirnya umpama ibubapa, dan rakyatnya laksana anak-anak. Tanah air tercinta ini pinjaman daripada Allah S.W.T, semestinya lah keluarga besar ini sama-sama menjaganya kerana ini amanah besar. Salah silap pasti ada di dalam sebuah keluarga, maka sifat tegur-menegur ke arah kebaikan mesti diterapkan, ada hal yang salah tidak boleh dibiarkan. Menegur kesalahan bukan tanda benci, malah kerana sayang. Apapun, tatasusila tegur-menegur di dalam satu unit keluarga perlu lah dilandasi hikmah. Tentu sahaja agama wajib menjadi tunggak utama. Urusan-urusan keluarga tidak perlulah dicampuri pihak luar. Demikianlah adanya perumpamaan yang boleh saya berikan tentang Malaysia yang saya cinta ini.

Perlu saya jelaskan, saya amat bersyukur dilahirkan di Malaysia lantaran peluang pendidikan di Malaysia amatlah cerah dan luas sekali. Hal ini kurang saya sedar hinggalah saya berkawan dengan teman-teman dari negara-negara lain. Bantuan pendidikan mudah sekali didapati, alhamdulillah, saya tidak putus-putus menerima bantuan sehingga saya berpeluang melanjutkan pengajian hingga ke tahap sekarang. Cuma satu, saya berharap benar agar pembangunan rohaniah dapat ditekankan semula. Tidak dapat dinafikan, pembangunan fizikal di Malaysia memang telah mencapai tahap membanggakan, ya.. siapa tidak tahu KLCC, Putrajaya, Eye on Malaysia. Namun, ia umpama bunga dedap sekiranya jiwa-jiwa kosong mendominasi bumi tercinta ini. Andai tiada langkah diambil, tidak mustahil Malaysia akan jadi kota batu yang dihuni masyarakat berjiwa batu juga. Apapun saya tetap optimis, kerana ini tanah air saya, tempat tumpah darah saya, dan saya sayang padanya.

Friday, August 24, 2007

Interfaith Dialogue

In my 28 years of age, finally alhamdulillah I got the chance to attend such an event: Interfaith Dialogue. My closest encounter of Interfaith Dialogue experience is through the reading of Isabella (malay translation by SN Abdullah Hussain), and watching videos of talks and debates by prominent scholars such as Ahmed Deedat and Dr Zakir Naik.

Therefore, when I learned that IIUM SRC will organize such an event, I did not think twice to attend it. The speakers are representatives from three main religions in Malaysia: Bro. Shah Kirit: Islam, Dr Lee (if I am not mistaken): Buddha, and Reverend (I forgot what's his name, sorry): Christianity. Bro Kirit has given numerous talks and speeches in my beloved IIUM, and mostly he would talk about how he converted to Islam till I think that I could memorize his account on that matter. But, thank God, that night he talked about Islam from a comparative religion view. Every speaker took the stage to convey about their religions especially the thelogical aspects.

Bro Shah Kirit did manage to explain about Islam in a wonderful and convincing way, Even while he speaks, he kept glancing at the other speakers, to get their attentions. I suppose, his huge experience in giving talks at various places, including church does help making him an effective dai'e. Dr Lee, the Buddha representative has also made an impact. His soft spoken manner certainly caught the audiences' attention. Not to mention his British accent (ok, that doesn't count, since I have a soft spot for guys with british accents), and my colleague was attracted to the way he pronounced all the sanskrit words. If any of you readers starts thinking that we are attracted to Buddhism, I give you my word, no we are not. As much as he managed to convey his message in a convincing way, but still, being a Muslim, I believe that Islam has a stronger foundation and reasoning.

As for Reverend Tan (now I remember his name, finally), in my humblest honest opinion, each time he tried to answer the questions forwarded to him, his message didn't come across. Maybe, I was slow in understanding him, but I personally think that Idris Tawfiq's (former Roman Catholic priest) reasonings for Christian beliefs are much more believable. And even Idris Tawfiq is already a Muslim when I heard him explaining all the reasons behind Christian principles. I don't know, maybe I am biased or maybe I lack knowledge, correct me if I am wrong, but I have no intention to belittle Reverend Tan.

There are two quotes of that night's dialogue, which I would like to share here since I think they best describe what Interfaith Dialogue is all about:

"By learning and understanding about other religions doesn't mean that you have to convert to other religion. Infact, when you study about other beliefs, you will also study more about your own religion and you will understand your religion better. I always bring all the religious scriptures everywhere, and never once they fight each other." (Shah Kirit)

"Try to understand other people's beliefs, but at the same time, DO NOT surrender your faith." (Dr Lee)

p/s: If any the event's committee is reading this, next time please don't provide snacks while the panels are answering the questions. The sound of snacks unwrapping is sooo annoying... imagine hundreds of people unwrapping their snacks at the same time huhu

Monday, August 06, 2007

Laskar Pelangi




Tajuk : Laskar Pelangi

Pengarang: Andrea Hirata

Penerbit: PT Bentang Pustaka

Edisi September 2005

Sepintas lalu, kisah ini tampak biasa, kisah anak-anak di sekolah Muhammadiyah (semacam sekolah agama rakyat di Malaysia saya kira) di Pulau Belitong menuntut ilmu dalam keadaan serba kekurangan. Sepatutnya begitulah, kisah ini sepatutnya kisah biasa, namun jangkaan saya meleset amat. Saat-saat saya menguliti buku ini, saya bagai tercampak ke Pulau Belitong, sama-sama menuntut di Sekolah Muhammadiyah. Sama-sama merasakan hangatnya setiakawan para anggota Laskar Pelangi. Lintang yang genius, Mahar sang seniman, A Kiong yang setia, Sahara yang feminis, Trapani si tampan, Samson yang berlagak macho, Flo anak orang kaya aneh yang berdegil mahu bersekolah di Sekolah Muhammadiyah, Harun yang bodoh-bodoh alang namun luar biasa baik hati, Kuchai dan Syahdan yang sukar diramalkan, serta si Ikal sang pemimpi: yang mana dari perspektifnya kisah ini berputar. Lebih luar biasa, si Ikal ini sebenarnya adalah sang pengarang buku ini, Andrea Hirata sendiri. Ya, ini kisah benar, catatan Andrea Hirata tentang pengalamannya.

Pencerahan utama yang saya perolehi dari Laskar Pelangi ialah ketabahan dalam menangani kesusahan pembelajaran. Secara jujur, saya jadi malu dengan diri sendiri yang mudah saja mengalah apabila didatangi sedikit kesulitan dalam proses menuntut ilmu. Kisah si genius Lintang yang paling mengesankan: berbasikal 80 km setiap hari pergi balik sekolah, menempuhi perjalanan yang sukar (melalui kawasan paya-bakau dihuni buaya, ya.. buaya.. saya jumpa babi hutan tengah jalan hendak pergi mengaji Quran pun boleh berpatah balik), pulang dari sekolah mengambil upah jadi kuli kopra; lalu hanya saat semua penghuni rumah tidur, barulah Lintang mula menelaah menggunakan lampu minyak tanah. Saya tidak malu mengaku yang air mata saya menitik saat saya membaca perihal kesungguhan Lintang.

Namun, ada juga tikanya saya tertawa membaca buku ini. Banyak sekali kisah-kisah lucu ditambah pula gaya bahasa Andrea Hirata memberikan deskripsi yang sangat memukau dalam setiap proses penceritaannya. Sukar untuk saya percaya, sang pengarang tidak punya latar belakang sastera. Nah, bukankah itu satu lagi pencerahan: tiada yang mustahil jika kita mahu mencapai sesuatu, yang penting, lakukannya! (Ya, ida_zy, kali ini bertekadlah habiskan karangan tesis yang sudah berapa kali bertangguh, dan kejarlah impian mahu jadi penulis itu!)

Usai membaca buku ini, saya bagai dihambat untuk mengarang kisah hidup saya pula. Ternyata, kehidupan setiap manusia di atas muka bumi ini unik dan menarik. Hanya saja kita cuba untuk melihat sudut yang positif dalam setiap aspek takah-takah kehidupan yang kita tempuhi. Saya kuat sekali mencadangkan supaya buku ini dibaca untuk mengembalikan dan menjana semangat agar mampu mendepani sebarang halangan dan keraguan dalam mengejar impian dan cita-cita. Ya, jadilah sang pemimpi. Pemimpi yang tidak pernah putus asa!

p/s: *sigh* here comes another crush :->