Friday, July 02, 2021

Solo

Saya memang menyukai apa-apa berkaitan Jepun sejak kecil. Mungkin boleh digelar sebagai otaku atau weeb. Antara perkara yang menarik perhatian selain daripada budaya dan keindahan alam semulajadinya, apabila dewasa saya mendapati Jepun sangat menghormati privacy seseorang. Ketika saya berpeluang melawat Jepun, saya suka kerana mereka tidak sibuk melihat orang asing seperti yang saya alami di negara-negara barat. Tambahan pula saya berhijab, penduduk negara barat selalunya akan memandang lebih lama daripada biasa. Tetapi di Jepun, tiada siapa yang hirau.

Namun, tidak dinafikan, di Jepun jugalah timbul masalah hikikomori. Fenomena tidak keluar rumah bertahun-tahun malah ada sehingga akhir hayat. Malah drama Jepun juga banyak memaparkan kehidupan solo. Aktiviti solo adalah tema utama banyak drama, terutamanya yang melibatkan makanan seperti Kodoku no Gurume yang sangat popular sehingga berjaya mencapai siaran bermusim-musim.

Baru-baru ini ada satu lagi drama bertema aktiviti solo yang menarik bertajuk Solo Katsu Joshi no Susume atau terjemahannya Solo Life Woman. Sangat kena dengan situasi saya. Menariknya aktiviti solo yang dilakukan adalah pelbagai, bukan sahaja makanan, malah termasuk menyewa limousin, pergi ke zoo, aquarium, restoran Perancis dan menginap di hotel berseorangan. Sesuatu yang saya tahu saya boleh lakukan dan pernah lakukan 😇




No comments: