Monday, February 24, 2025

Tanah Air Pakcik Sam - Tiba di San Diego

 

Apabila terjaga di dalam kapal terbang, saya sendiri sudah tidak pasti berada di garisan masa dan lokasi yang mana. Saya anggap saja sudah masuk waktu Subuh lalu ke tandas membersihkan diri dan berwudhuk, seterusnya bersolat di tempat duduk. Setelah lebih kurang 11 jam penerbangan, akhirnya kami mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa San Diego. Kami sampai pada waktu pagi, hari sudah cerah. Kami mendengar pelbagai kisah dan cerita tentang proses pemeriksaan keselamatan dan imigresen yang ketat oleh AS. Oleh itu saya sudah bersiap sedia sekiranya bagasi dibuka untuk pemeriksaan. Pengalaman pernah menetap di Australia selama tiga tahun telah membiasakan diri saya dengan pemeriksaan keselamatan imigresen Australia yang juga ketat.

Tidak ramai orang yang beratur untuk pemeriksaan, mungkin kerana bukan hujung minggu atau musim cuti. Saya sempat berbual dengan seorang wanita daripada Filipina ketika beratur. Semacam ada setiakawan yang tidak terungkap apabila bertemu sesama saudara nusantara. Macam-macam kami bualkan, hilang rasa jemu menunggu giliran diperiksa.

Perwatakan dan fizikal para pegawai pemeriksa benar-benar seperti yang saya bayangkan dan tonton di televisyen. Mereka semuanya tinggi, sasa dan air muka serius. Bimbang juga saya sekiranya tidak lepas pemeriksaan, entah-entah akan dihantar pulang. Tambahan pula banyak perisitiwa anti-Islam di AS. Namun ternyata mereka tidaklah segarang yang disangka, apabila berbicara ramah juga. Sewaktu beg saya dibuka, seorang pegawai menegur tentang mee segera yang saya bawa. Beliau baca label di bungkusan dan nampak perkataan perisa kari. “Wah kari, sedap,” kata beliau. Saya jadi tenang apabila beliau berseloroh.

Tiba-tiba saya terdengar sedikit kekecohan di belakang saya. Pegawai yang memeriksa beg sahabat saya N memegang bungkusan berisi serbuk putih. Saya dengar mereka berbincang tentang identiti serbuk putih itu. Seorang daripada mereka berkata, “ia Nampak sama.” Ah sudah, pasti mereka fikir itu dadah. Saya yakin N pastilah tidak membawa dadah, lalu saya bertanya kepadanya. Rupa-rupanya itu adalah bedak sejuk, aduhai kenapalah dibungkus begitu, sangat mencurigakan. Setelah beberapa siri penjelasan yang saya pun sudah agak lupa perinciannya, akhirnya serbuk putih itu lepas pemeriksaan.

Setelah selesai pemeriksaan dan melepasi balai ketibaan, secara rasminya kami bebas menerokai bumi Pak Cik Sam ini. Saya perhatikan Lapangan Terbang San Diego tidaklah begitu besar, juga tidak dipenuhi kedai-kedai makan seperti lapangan-lapangan terbang di Asia. Badan sudah tersangat penat, ditambah jet lag, namun kami perlu meneruskan perjalanan untuk menuju ke hotel. Kami memilih teksi untuk ke tempat penginapan. Rupa-rupanya pemandu teksi adalah seorang Muslim berketurunan Arab, menjadikan perbualan kami lebih berkisar kepada kehidupan sebagai Muslim di negara barat. AS sememangnya terkenal sebagai negara yang rakyatnya terdiri daripada pelbagai latar belakang keturunan dan agama. Namun tetap menyenangkan bertemu dengan saudara seagama tambahan pula ketika itu angin Islamophobia begitu kuat bertiup dek kempen pilihanraya oleh Donald Trump.

Tetapi bandar San Diego merupakan kawasan yang mesra imigran oleh kerana kedudukannya bersempadan dengan Mexico. Sepanjang perjalanan ke hotel, banyak papan tanda berunsur Bahasa Latin, menampakkan pengaruh besar Mexico terhadap San Diego. Pemandu teksi turut membawa saya singgah di pusat perniagaan pembekal telekomunikasi untuk membantu saya mendapatkan kad SIM. Setelah lebih kurang setengah jam perjalanan, akhirnya kami tiba di hotel. Kedudukannya sangat hampir dengan pantai yang memutih. Dek kepenatan musafir hampir dua hari dua malam, kami mengambil keputusan untuk berehat sahaja di tempat penginapan pada hari itu, tambahan pula kami berpuasa. Masa untuk mengumpul tenaga sebelum meneruskan aktiviti pada dua hari berikutnya. Pak Cik Sam, kami sudah sampai.


Tuesday, May 10, 2022

Gone

 

source: hbr.org

Everything is gone! My old laptop’s hard drive is corrupted, that’s what I am talking about. Most of the documents have copies in the cloud, but I just realized all the photos of my travel to the USA and Japan have not been backed up. Luckily all the Australian photos are saved in the cloud.

The Japan travel photos especially in Kanazawa are precious. I went there when I was just rising from a major setback in life. It was autumn, and all the beautiful leaves somehow signify my turbulent emotions. The USA trip happened when I was really conflicted with my life choices at the time. It was not a pleasure-purpose trip, but I’m glad I went. Otherwise, I don’t think I will ever go to USA.

Just like our immortal lives, nothing lasts. I guess it’s about time I really rack my memories and write everything while Allah still gives me the ability to remember. As you get older, you know how fragile this life could be.

 

Thursday, September 16, 2021

Tanah Air Pakcik Sam - Transit di Tokyo

Perjalanan ke San Diego melibatkan dua penerbangan. Pertama: Kuala Lumpur ke Tokyo dengan Malaysia Airlines. Seterusnya dari Tokyo ke San Diego dengan Japan Airlines. Ditakdirkan perjalanan kami adalah dalam bulan Ramadhan. Sewaktu saya berlepas dari Lapangan Terbang Kuantan ke KLIA, ramai orang menaiki kapal terbang sama untuk mengerjakan umrah. Pekerja pun ingat saya hendak pergi umrah, maklumlah saya pun memang selalu pakai tudung labuh, baju labuh dan skirt labuh hehe. 

Kami berlepas dari KLIA pada tengah malam dan tiba di Lapangan Terbang Narita pada waktu Subuh. Kami mengambil keputusan untuk tidak berpuasa dengan mengambil rukhsah musafir kerana perjalanan ke San Diego mengambil masa lebih sehari. Tempoh transit sebelum berlepas ke San Diego mengambil masa lebih kurang lapan hingga sembilan jam. Sejujurnya saya lebih teruja untuk transit di Tokyo, kerana inilah kali pertama saya menjejakkan kaki ke negara yang paling saya angan-angankan untuk sampai sejak kecil. Saya bertanya serba sedikit kepada rakan yang belajar di Jepun tentang ke manakah tempat sesuai untuk kami singgah dalam tempoh transit. Beliau mencadangkan kami pergi ke Ueno, ada taman, tempat makan dan boleh juga membeli cenderamata. 

Selesai urusan di lapangan terbang, kami menaiki Narita Express (NEX) untuk menuju ke stesen Ueno. Dengan tak mandinya, selamba sahaja pergi berjalan-jalan. Ketika itu bulan Jun, musim bunga baru sahaja berakhir. Tak dapatlah nak tengok sakura, tapi nasib baik belum masuk musim panas, jadinya cuaca agak nyaman. Stesen Ueno ada sangat banyak pintu keluar, barat, timur etc bagai. Puas juga mencari yang mana menuju Ueno Park. Setelah ketemu, kami bersiar-siar di Ueno Park yang agak luas juga. Berdekatan Ueno Park ada banyak muzium dan galeri. Geram betul saya hendak pergi tetapi masa tidak mengizinkan. Berdasarkan carian Internet, saya dapat tahu ramai gelandangan tinggal di Ueno Park. Gelandangan Jepun bukan sebarangan, siang mereka kemas tempat tidur elok-elok dan melepak di taman secara terhormat. Namun dapat juga kami kenalpasti perbezaan mereka berbanding pengunjung lain.






Kemudian kami menapak ke Ameyayokocho Market (Ameyoko) untuk membeli makanan tengahari dan sedikit cenderamata. Ameyoko memang kawasan yang agak meriah dengan pelbagai bangsa dan budaya. Kami membeli kebab Turki yang saya rasa sangat segar dagingnya. Teringat pada kebab di Australia. Memang lain rasa daging di negara maju, lembut dan segar. Setelah itu kami membeli sedikit cenderamata biasa seperti kemeja T, magnet peti ais dan rantai kunci yang hampir kesemuanya diperbuat di China, apakan daya 😂.

Memandangkan penerbangan ke San Diego pada waktu petang, kami terpaksa kembali ke Narita. Setibanya di Narita, saya rasa sangat tidak selesa sebab kali terakhir saya mandi adalah pada pagi hari sebelumnya. Saya cuba mencari bilik mandi dengan bertanyakan pekerja-pekerja pembersihan tetapi dek kerana keterbatasan bahasa, saya tidak berjaya. Kemudian saya bertanya di kaunter maklumat, dan mendapati bahawa bilik mandi cuma ada di satu kawasan. Saya gagahkan juga mencari kerana sudah tidak tahan badan melekit dan belengas. Akhirnya berjumpa kawasan bilik mandi, agak ekslusif rupanya. Perlu bayar 10 USD untuk sekali masuk setengah jam. Mahal sungguh tapi saya sudah tidak peduli. Itulah bayaran mandi paling mahal dalam hidup saya mungkin. Nasib baik bilik mandinya cantik , sempat pula saya mengambil gambar.



Setelah bersiram dan bertukar pakaian, barulah rasa lebih segar untuk meneruskan musafir. Sambil menunggu penerbangan, kami makan lebihan kebab tengahari tadi. Saya kurang ingat waktu berlepas, mungkin pukul 4-5 petang kami memasuki pesawat Japan Airlines. Pertama kali naik Japan Airlines, cantik-cantik sungguh peramugarinya. Terpana kami melihat kelembutan pergerakan mereka, tambahan pula mereka banyak tunduk. Tunduk pula ada pelbagai cara. 

Kami mendapat tempat duduk tengah. Malam itu kami solat jamak Maghrib Isyak dan cuba juga solat Terawih dalam kapal terbang ketika lampu sudah dipadamkan. Cuma agak terganggu dengan penumpang sebelah yang tidak tidur menonton filem di skrin. Perjalanan ke San Diego mengambil masa 10 jam kalau tidak salah ingatan saya. Selepas solat saya meneroka apakah bahan-bahan hiburan yang ada. Bagi otaku seperti saya, sangat teruja melihat banyak koleksi manga, anime dan filem-filem Jepun. Sebelum tidur saya tonton satu filem Jepun terbaru ketika itu bertajuk The Actor yang dibintangi Aso Kumiko, pelakon kegemaran saya. Tapi saya tonton separuh sahaja. Masa untuk berehat.


Sunday, July 25, 2021

Tanah Air Pakcik Sam - Pengenalan

Rasanya tiada siapa yang tidak tahu kewujudan negara Amerika Syarikat. Walaupun pada zaman tiada Internet dahulu. Zaman maklumat didapati dari akhbar, radio ataupun televisyen sahaja. Malah pada zaman sebelum ada televisyen lagi, Amerika Syarikat sudah menunjukkan taringnya di peringkat global. Amerika Syarikat (AS) sememangnya mendominasi dunia hiburan sebelum Korea Selatan mengambil alih pasca penggunaan Internet yang meluas.

Semasa budak-budak, saya gemar menonton televisyen, jadinya drama dan filem keluaran AS memang diketahui oleh saya. Lagu-lagu yang popular pun dari AS. Susah hendak mencapai lagu dan drama negara lain. Oleh itu, suasana AS sentiasa menjadi tatapan dan terfikirlah juga mungkinkah ada rezeki untuk berkunjung ke sana. 

Apabila meningkat dewasa dan usia mencecah 30an, berita-berita tentang AS sebagai negara yang Islamophobic mula menjadikan saya bimbang untuk melawat AS. Namun ditakdirkan Allah, pada tahun 2016, kertas kerja saya diterima untuk pembentangan di sebuah persidangan yang berprestij dalam bidang yang saya pelajari. Rugi jika saya tidak pergi. Tambahan pula ditaja. Puas saya berdolak-dalik memikirkan mahu pergi atau tidak. Alhamdulillah akhirnya ada sahabat sudi menemani. Dan anak saudaranya turut ingin mengikuti, ditaja oleh ibunya. 

Langkah pertama, perlu mendapatkan visa. Hasil carian di Internet, prosedurnya rumit dan tidak sedikit yang permohonan mereka ditolak. Tambahan pula dengan bayaran permohonan yang boleh tahan. Berdebar pula, adakah permohonan saya akan diluluskan. Tapi kami teruskan sahaja memohon. Banyak sekali soalan yang perlu dijawab, semua soalan berbaur keselamatan. Soalan paling kelakar bagi saya, "Adakah anda seorang pengganas?" Siapalah yang akan menjawab ya, adoi. 

Kemudian, kami diberi tarikh temuduga di Kedutaan AS. Hari sebelum temuduga, kami cuba mencari tempatnya supaya tidak sesat kelak. Puas berpusing mencari, pelbagai kedutaan negara telah kami temui, tapi kedutaan AS tidak kami temui. Akhirnya kami mengagak bahawa satu bangunan yang seperti tiada tanda nama itu adalah tempatnya. Saya keluar dan menuju pondok pengawalnya lalu bertanya. Benar sangkaan kami, itulah kedutaan AS. Apabila datang dekat baru nampak tulisan kecil Kedutaan AS. Kecil sungguh. Kami menerka, pasti kedutaan ini selalu jadi sasaran protes atau serangan. Orang selalu buat salah, begitulah kan.

Pada tarikh yang ditetapkan, saya pergi menghadiri temuduga. Seingat saya ada tiga pemeriksaan sebelum dapat masuk ke dalam. Rasa macam hendak naik kapal terbang mula. Ramai juga yang memohon rupanya. Kami semua duduk menunggu giliran masing-masing. Akhirnya tiba giliran saya. Saya sudah bersedia dengan pelbagai dokumen sokongan, takut ditolak kan. Temuduga berlangsung menggunakan bahasa Inggeris. Alhamdulillah sessi saya sebentar sahaja, penemuduga cuma bertanya apa tujuan saya hendak ke AS dan ke bahagian mana.

Lebih kurang seminggu selepas temuduga, kami mendapat makluman permohonan diluluskan. Visa yang diluluskan adalah untuk 10 tahun. Jadi saya masih boleh pergi ke AS sepatutnya sehingga tahun 2026. Ke mana destinasi saya di AS? Saya menuju ke San Diego, California. Bersempadan dengan negara Mexico. Amigos! (Tiba-tiba hehe) 



Sunday, July 11, 2021

Not So Green Thumb

The only thing that I had successfully planted was lemon grass, more than 10 years ago. Living near to beaches, sandy soil really helped the growth of lemon grass. It could grow in abundance even with minimal care. So my gardening experience stopped there, with the exception of watering plants grown by my family and friends.

Fast forward 2021, lockdown after lockdowns, being at home most of the time for months and I could not even travel interstate to visit my family, somehow gardening starts gaining my attention. This ongoing pandemic actually led me thinking about the possibility of humankind going back to basics. I for one, has no survival skills whatsoever. But I'm sure I need food, and the thought of growing my own food came to mind.

Of course I resort to Internet to find the way. Exploring YouTube, and I found many videos about gardening from kitchen scraps. There are so many vegetables and fruits that can be planted from scraps, and my first try was carrot. Put the carrot top in water and let the leaves grow from there. After that, transfer to soil. But my carrot tops all became rotten. After considering other options, I selected tomato. There are two ways: put tomato slice in soil or remove the seeds and put them in soil. I tried both methods, and it seems like there are some tiny plants growing. Not sure whether they are from the slices or the seeds.

Shopee is also my favorite go to website, and I discovered hydroponic set for beginners. Instructions are enclosed, seeds are given as well as the nutritional water. Based on the reviews, it seems like many people managed to grow plants using the set. Hopefully mine works too, insya Allah ameen.  


 

Friday, July 02, 2021

Solo

Saya memang menyukai apa-apa berkaitan Jepun sejak kecil. Mungkin boleh digelar sebagai otaku atau weeb. Antara perkara yang menarik perhatian selain daripada budaya dan keindahan alam semulajadinya, apabila dewasa saya mendapati Jepun sangat menghormati privacy seseorang. Ketika saya berpeluang melawat Jepun, saya suka kerana mereka tidak sibuk melihat orang asing seperti yang saya alami di negara-negara barat. Tambahan pula saya berhijab, penduduk negara barat selalunya akan memandang lebih lama daripada biasa. Tetapi di Jepun, tiada siapa yang hirau.

Namun, tidak dinafikan, di Jepun jugalah timbul masalah hikikomori. Fenomena tidak keluar rumah bertahun-tahun malah ada sehingga akhir hayat. Malah drama Jepun juga banyak memaparkan kehidupan solo. Aktiviti solo adalah tema utama banyak drama, terutamanya yang melibatkan makanan seperti Kodoku no Gurume yang sangat popular sehingga berjaya mencapai siaran bermusim-musim.

Baru-baru ini ada satu lagi drama bertema aktiviti solo yang menarik bertajuk Solo Katsu Joshi no Susume atau terjemahannya Solo Life Woman. Sangat kena dengan situasi saya. Menariknya aktiviti solo yang dilakukan adalah pelbagai, bukan sahaja makanan, malah termasuk menyewa limousin, pergi ke zoo, aquarium, restoran Perancis dan menginap di hotel berseorangan. Sesuatu yang saya tahu saya boleh lakukan dan pernah lakukan 😇




Wednesday, June 30, 2021

Leftover

Since I started living on my own, I realized that I have a knack of creating something out of leftover food. 

For instance, if I have leftover soup, I would mix it with flour and fry it - hence it becomes cekodok. I have done this trick with so many leftover liquid-based meal, kuah laksa, curry, masak lemak, you name it.

It all stems from the intention of not wanting to throw food away. The reason I don't really like baking is because it's hard to really wipe clean the residue of the mixture. If I cook lauk, it's easy to just mix the container with water and put the remnants into the pot and it will be cooked. But when it comes to baking, exact measurement is vital, I can't just simply mix the residue with water. But recently I have found a way to solve this problem. I will wipe the residue with bread and toast it. So it becomes sweet toasted bread. 

Recently, being at home all the time, I tend to cook more and try to use whatever ingredients that I bought. I'm a big fan of hummus since I first tasted it when I was in Australia, so last year I bought tahini to make my own hummus. It takes a long time to finish using the tahini as I don't eat hummus everyday. I have tried putting tahini in any dish that I could, I put it in smoothie, I put it into cream pasta, and both turned out good. Tahini is actually sesame paste, so its taste is not that far off from unsweetened peanut butter. There were about 1/2 cup left, the first thought was to make cookies with the remaining tahini but I changed my mind. 

I put it in my healthy version masak lemak (no coconut milk) instead just like in the picture. This masak lemak is really a leftover-based dish. Instead of preparing the onion + chilli + tumeric paste from scratch, I used the remaining healthy version (no stir fry, just cooked on stove) sambal I made a week ago. 


Even though the original masak lemak recipe doesn't include carrots and tomato, I put them for my veggies portion intake . I'm the only one eating anyway. And I find it delicious, at least to my liking. Alhamdulillah. 

Sunday, January 03, 2021

Senarai Bacaan Buku 2021

image source: https://muslimheritage.com/libraries-of-the-muslim-world-859-2000/

Bismillahirrahmanirahim

Untuk lebih bersemangat membaca lambakan buku yang dibeli, saya buat senarai buku yang telah habis dibaca di sini. Akan dikemaskini dari semasa ke semasa. 

Sudah dibaca:

1. Surat-Surat Dari Maninjau Edisi Kemaskini tulisan Hafizul Faiz terbitan Jejak Tarbiah (ok ini sedikit mengelat sebab mula baca dari tahun 2020 hehe)

2. Ustazah Zaman Dulu-Dulu tulisan Maisarah Mohd Pauzi terbitan Jejak Tarbiah

3. Khusyuk Dalam Solat tulisan Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat terbitan Jabatan Penerangan PAS Pusat

4. Next is Now tulisan Lior Arussy

5. Kisah Malaysia Berkurung: Pesan Cinta Daripada Tuhan tulisan Abdullah Bukhari Abdul Rahim Al-Hafiz terbitan Jejak Tarbiah

6-10. Hikayat Satria-Satria Sejati (Lima Buku) tulisan Hilal Asyraf

11. Seteguh Gunung Fuji Berdiri tulisan Mohd Hariri Mohamad Daud

12. Mencari Unta Merah Jepun tulisan Abdullah Bukhari Abdul Rahim Al-Hafiz 

13. Aku, Buku & Kota Kaherah: Kembara Sang Pencinta Buku tulisan Shahriman Jamalullayl

14. The Garden of Evening Mists tulisan Tan Twan Eng


Sedang dibaca:

1. Hiduplah Untuk Hari Ini (Jaddid Hayaatak) terjemahan daripada tulisan Muhammad Al-Ghazali terbitan IMAN Publication

2. A Concise Guide to Trees tulisan Jenny Linford

3. 4 Bulan Di Amerika Jilid 1 tulisan Buya Hamka

Wednesday, September 09, 2020

Normal Untukku

 


Mereka rasa terkurung itu merimaskan

Bagiku menenangkan

Mereka rasa penjarakan sosial itu melelahkan

Bagiku mendamaikan

Mereka rasa menyendiri itu menyusahkan

Bagiku melegakan

Mereka rasa kesunyian itu menyedihkan

Bagiku satu kesempatan

Mereka rasa semua ini menghairankan

Bagiku kebiasaan

Mereka rasa berwaspada itu melecehkan

Bagiku melegakan

 

Normal baharu itu kurasakan nikmat

Yang tidak terungkap

Ribut yang melanda

Kini semakin reda

Ramai kembali alpa

Ingin kembali ke normal lama

Jiwaku keresahan

Mempersoalkan

Tidakkah mereka gusar

Bencana kembali menimpa

Andai mereka leka

 

Normal baharu itu

Normal untukku

Sejak dahulu

Bagi aku mengecap bahagia

Menghindar hiruk pikuk dunia

Dan ragam manusia

Thursday, July 23, 2020

Tatacara Pahlawan Papan Kekunci Yang Berakhlak Mulia

image source: towardsdatascience.com 
Berikut ialah langkah-langkah untuk menjadi seorang pahlawan papan kekunci yang berakhlak mulia:

Meletakkan nama atau ID sebagai tanda bertanggungjawab atas apa yang ditaip. Bayangkan perasaan anda apabila seseorang yang tidak dikenali masuk ke rumah anda lalu terus menuju ke dapur untuk makan atau masuk ke bilik untuk berehat. Pengenalan diri adalah sangat penting.

Menggunakan bahasa yang sopan, tidak memaki hamun atau mencarut juga tidak menyumpah. Untuk menyampaikan hujah, tidak perlu berbahasa kasar. Anda mungkin puas hati, tetapi mesej selalunya tidak sampai. Hanya menimbulkan pergaduhan malah menambah dosa pula.

Memberikan komen di dalam lingkungan tajuk. Jika mahu lari dari tajuk, sila buka tajuk lain atau ziarahi laman berkaitan dan berikanlah komen sewajarnya.

Meraikan pandangan pahlawan papan kekunci lain yang berbeza. Meraikan bukan bermaksud bersetuju, sebaliknya untuk memberi peluang dan bersikap adil.

Jika mahu menulis secara parodi pastikan ada disclaimer awal-awal bagi mengelakkan salah-faham dan salah sangka. Jika masih ada yang salah faham, anda sudah boleh berlepas diri.

Elakkan mengulas secara memandai-mandai pada sesuatu isu tanpa pengetahuan. Hearsay, desas-desus dan spekulasi tidak dikira sebagai pengetahuan.

Usah melayan provokasi terutamanya daripada golongan anonymous. Tidak melayan bukan bermakna anda di pihak yang salah.

Apabila hendak menegur kesalahan, sebaik-baiknya mesej dahulu secara peribadi. Jika tidak berkesan, barulah melakukan secara terbuka.

Paling penting, ingatlah Allah sentiasa memerhatikan perbuatan kita. Seperti mana kita menjaga percakapan, jagalah juga tulisan kita. Wallahua'lam. 

Thursday, June 11, 2020

Being Single Is Not A Failure



Generally women all over the world are considered complete only after they achieve motherhood and wifehood, particularly in the Eastern community. This certainly puts pressure to most women who haven’t adhered to this shallow standard of women evaluation. Don’t get me wrong, getting married and raising kids are indeed wonderful and special. But to label women who haven’t been able to achieve these milestones as incomplete and lacking is unreasonable and rude.


Phases

Being single at the age that has long passed the ideal woman marriageable age, I could really resonate with this insecure feeling of unwanted and low self-esteem among the single women.  Due to people’s pressure, women sometimes feel rushed to get married especially after seeing their friends getting hitched one after another. How could you blame them when there are people right left and centre keep telling them that they might lose the chance if they don’t get married as soon as possible. When I was 25, I personally heard a fellow worker, a woman herself, saying, “If a woman doesn’t get married by the age of 25, most probably she won’t get married ever.” Well this happened so many years ago, the ideal age may have increased now, but I believe you readers get the point.

And if a lady remains single, she will get used to it, will start to adapt living alone and she may end up thinking that she doesn’t need a spouse anymore, which is where this could go wrong, because after all who are we to decide what’s best for us. It’s ok to entertain the idea of living alone comfortably until you die but let Allah decide that for you. Humility is the key because we are only His slaves.

Spend time wisely

One of the things that the married ladies keep telling the single ladies is to enjoy single life with leisure, go travel or hang out with friends at the pretext that the ladies can’t do that anymore after marriage. Of course, enjoying life with all those activities is all well and good. But remember that death comes to everyone: married, single, divorced and widowed, and it may come unexpectedly.

Generally singles have more flexible time, and of course there are exceptions. Anyway, the point that I want to emphasize for the single ladies is to make use of the time to get close to Allah as much as possible. Attend Islamic classes, seek beneficial knowledge, do lots of volunteering, serve people around you and always think of how you could increase your good deeds for the benefit in the akhirah. When you are in your 20s, you would think 30s is so far away. Time passes by, and you reach the 30s, and without realizing it, you are already in your 40s. Time flies by so fast, we really have no time for indulging in our desires. We need to stock up on our good deeds as this worldly life is just one dot of an infinity line which is the hereafter.

Right to choose

People may try to match make you with any possible single man if they could get the chance. To the point that as long as the guy is single, they tell you that you should marry him. It seems like just because you are aging, you just have to grab any single guy (sometimes worse, they even tell you to become someone’s second wife), forget about compatibility and how you feel about him as long as you get a husband. Please don’t fall prey to this ridiculous notion. 

Remember you have the right to choose, no matter how old you are. Your feeling is very important; after all we are talking about a person that could possibly live with you for the rest of your life. But after you have decided, take responsibility and don’t regret it. Either you decide to go ahead with the marriage or not, don’t play victim. Don’t get married for the sake of getting rid of your single status. Most importantly, don’t be ashamed of your status if you have done nothing wrong. Be an adult and own your life with pride.

Never give up

I don’t really agree with some ‘religious’ talks that promote the idea of the reason why some women are still single because they are not solehah enough. Of course, all women are not perfect, married or unmarried. But I could vouch that most single Muslim ladies actually do abide by the Islamic rules, preserve their modesty and try their best to become solehah women. So I find such talks are rude and insensitive, sorry. Such talks just make the single ladies becoming more demotivated and feeling useless.

To be honest, I had given up on the idea of marriage many times but fortunately I found two talks by my two favourite Ustazahs that managed to shift my paradigm, Alhamdulillah.  The first talk is by Ustazah Datuk Dr Norhafizah Musa. She told a story about a single, never married 60 year old woman whom she met while doing umrah.

The woman asked Ustazah, “Ustazah, I haven’t made doa about getting married since I was 40 years old. Is it wrong for me not to make doa?”

Ustazah replied, “Just make doa until death comes.” And she also mentioned the story about Prophet Zakaria A.S. who kept making doa in asking for a child even though his wife was barren.

The point is, our job is to keep making doa because we are His slaves. Even if you feel like there’s no chance of getting married at all, please be careful not to undermine His Power. Remember He Could Do anything but it’s up to Him to do it or not.

Another talk is by Ustazah Asma Harun. Ustazah said, “Some people are blessed with spouses and some people remain single until the end of their lives even though they keep making doa seeking for spouse. Maybe because of their unanswered doa in this dunya, Allah replaces it with something much better in the hereafter.” The thought of having something much better in the hereafter really comforts me, provided I have to be patient and always have faith in Him.

Total reliance on Allah

Another thing that the singles may have learned earlier than their married friends is: accepting the fact that everyone will be alone ultimately. Even if you have kids and spouse, there is no guarantee that they will take care of you when you get older. At the end of the day, you should put your trust only in Allah. The singles realize about this early on and may have prepared themselves mentally and spiritually better.

To sum up this writing, it’s all about accepting what Allah has decreed for you, whatever your circumstances are. And remember to respect each other.