Wednesday, May 07, 2008

Nostalgik

Alhamdulillah, saya sudah selesai marking manuskrip-manuskrip jawapan yang berjumlah 135. Validasi untuk satu kod juga sudah langsai. Lapang sedikit sekarang. Dan tak semena-mena saya jadi sentimental dan nostalgik mengenang Taman Ilmu dan Budi yang telah saya tinggalkan sejak pertengahan Disember 2007.

Saya rindu pada panggilan sister dan brother di UIAM.

Saya rindu pada perbualan dalam pelbagai bahasa yang boleh saya dengar pagi petang siang malam.

Saya rindu pada pertuturan bahasa Inggeris dalam loghat pelik-pelik yang dahulunya amat saya benci kerana susah difahami.

Saya rindu pada usrah, kuliah, ceramah, seminar dalam pelbagai bidang yang diadakan saban malam. (pernah mencapai 5 ceramah agama dalam satu malam)

Saya rindu mahu bersolat dan beribadah di Masjid UIAM, suasananya luar biasa dan sukar digambarkan.

Saya rindu pada makanan Arab dan Bosnia di Baboosh dan Basbusa.

Saya rindu mahu bersantai-santai di tepi sungai UIA yang kotor keruh itu.

Saya rindu mahu menyanyi Asmaul Husna beramai-ramai, mahu membaca semula bai’ah yang hebat itu.

Saya rindu pada nama-nama Islamik yang digunapakai untuk semua bangunan di UIAM.

I really miss my brothers and sisters in IIUM. Our friendship is definitely beyond borders, yet we are bound by the same faith, Islam.

Betapa tempat jatuh lagi dikenang. Inikan pula tempat saya mengadu nasib selama 8 tahun. Sungguh rindu.