Wednesday, May 07, 2008

Nostalgik

Alhamdulillah, saya sudah selesai marking manuskrip-manuskrip jawapan yang berjumlah 135. Validasi untuk satu kod juga sudah langsai. Lapang sedikit sekarang. Dan tak semena-mena saya jadi sentimental dan nostalgik mengenang Taman Ilmu dan Budi yang telah saya tinggalkan sejak pertengahan Disember 2007.

Saya rindu pada panggilan sister dan brother di UIAM.

Saya rindu pada perbualan dalam pelbagai bahasa yang boleh saya dengar pagi petang siang malam.

Saya rindu pada pertuturan bahasa Inggeris dalam loghat pelik-pelik yang dahulunya amat saya benci kerana susah difahami.

Saya rindu pada usrah, kuliah, ceramah, seminar dalam pelbagai bidang yang diadakan saban malam. (pernah mencapai 5 ceramah agama dalam satu malam)

Saya rindu mahu bersolat dan beribadah di Masjid UIAM, suasananya luar biasa dan sukar digambarkan.

Saya rindu pada makanan Arab dan Bosnia di Baboosh dan Basbusa.

Saya rindu mahu bersantai-santai di tepi sungai UIA yang kotor keruh itu.

Saya rindu mahu menyanyi Asmaul Husna beramai-ramai, mahu membaca semula bai’ah yang hebat itu.

Saya rindu pada nama-nama Islamik yang digunapakai untuk semua bangunan di UIAM.

I really miss my brothers and sisters in IIUM. Our friendship is definitely beyond borders, yet we are bound by the same faith, Islam.

Betapa tempat jatuh lagi dikenang. Inikan pula tempat saya mengadu nasib selama 8 tahun. Sungguh rindu.

5 comments:

aniisma said...

Salam

Ida, marilah kita pakat2 buat phd kat uia. Walau kak ani tak pernah merasa hidup sebagai pelajar di Gombak, tapi semua kerinduan Ida adalah kerinduan kak ani juga (kecuali Sg Gombak tu). Rindu dengan perpustakaan undang2, rindu dengan nasi beriani pelbagai lauk, rindu dengan Masjid Abu Bakar, rindu dengan ayam panggang Pakistan, International Kebab, rindu kat ustaz sudan.hehe... Main Campus dulu di Petaling Jaya. Bila sesekali melintasi kawasan tersebut, wujud satu perasaan sayu sebak rindu yang tidak terucap. Betapa kita menyintai UIA.

naim said...

k.ida...betapa bila membaca entry kali ini...sy juga baru menyedari yang sy juga rindu dengan semua yang yang disebut diatas..tanpa menyedari tiba2 bergenang juga air mata ini..:P..sedar x sedar..sayang pulak ngan uia bila dah jauh2 ni

z4cque said...

saya pun rindu...n tak sangka sy almost crying baca entry ni.. sebaknya,
sedangkan sy cuma wat master di UIA pun dh macam ni, apatah lg ida n naim...natsukashii ...
rindu memang rindu...

aNNdiNN said...

salam..kak Ida, u surprised me! :) thanks 4 d comment.. baru je pagi tadi i used d term 'brothers'&'sisters' when sharing abt my xprience in uia wit bdk2 tu ha :p i SO MISS UIA! i admit, wikend i'd rather stay in UIA than goin back home in Ampg those days...

Anonymous said...

salam,

idaaaa,,
aku sangat rindu ngan uia...ko rasa apa yg aku rasa.uhuk..uhuk..uhuk