Friday, November 28, 2008

Lembutkan Hatiku

Peperiksaan akhir untuk semester Julai 2008 telah pun berakhir. Sesi bersengkang mata menanda skrip-skrip jawapan juga telah langsai, alhamdulillah. Lumrah bagi para pensyarah untuk menemukan ucapan-ucapan memohon simpati daripada pelajar pada kertas jawapan dengan harapan kami akan meluluskannya. (meskipun kertas jawapan pelajar terbabit selalunya lompong-lompong)

Berikut merupakan ucapan-ucapan yang biasa:

Bantulah saya untuk lulus miss. Saya telah cuba yang terbaik.

Terima kasih kerana mengajar saya. Tolong lah saya untuk lulus.

Kata kuncinya ialah lulus. Begitulah lazimnya ucapan-ucapan yang diterima. Namun baru-baru ini saya menerima satu ucapan yang lain daripada yang lain. Tika saya sedang pening-pening menanda kertas mereka, saya terjumpa ucapan ini :

YA ALLAH YA TUHAN KAMI. LEMBUTKANLAH HATI PEMERIKSA INI SEPERTIMANA KAU LEMBUTKAN HATI SAIDINA UMAR UNTUK MEMELUK ISLAM. AMIN.

Spontan saya tergelak besar dan hati berdetik, garang sangatkah saya ini. Kini saya tekad untuk membeli buku tentang psikologi remaja (setelah begitu lama menimbang-nimbang sama ada wajar saya membelinya).

1 comment:

lady zaini said...

saya nak tumpang gelak, boleh?bior betul budak2 nih..hehe,
hubby sy pun dapat message n call n sms dari bebudak yg merayu "nak lulus", sebab nnti "ptptn kena gantung" setahun.. yup, kata kuncinya "nak lulus" n "ptptn"... tu jer...
Pathetic, kan? ptptn tak patut bagi kt bebudak macam ni in the first place.
memula kesian n tulong2 pujuk hubby gak, tapi bila hubby ckp dh 2 sem budak tu dapat bwh cgpa 2.0, dan kelas pun tak penah dtg, terus tak jadi kesian..