Thursday, July 02, 2009

Katsuboushi vs Ikan Pekasam

3 minggu lepas saya telah tamat menonton drama Jepun berjudul Osen di MySoju.com. Kegilaan Minat saya terhadap drama dan filem Jepun ini telah saya ceritakan di entri ini. Osen sangat berjaya menambat hati saya kerana tema utama drama ini ialah makanan! Tambahan pula ia tentang makanan tradisi Jepun. Melalui drama Osen, saya akhirnya tahu selama ini saya salah tanggapan terhadap serbuk kayu yang menjadi juadah masyarakat Jepun. Sebenarnya ia bukan lah serbuk kayu daripada pokok. Nama makanan tersebut ialah katsuboushi . Katsuboushi merupakan ikan daripada keluarga tuna ataupun bonito yang telah melalui pelbagai proses (pengeringan, penapaian dan sebagainya) sehingga rupanya menjadi seperti sepotong papan kecil (sila rujuk gambar di bawah). Terdapat mesin pemarut khas yang digunakan untuk menjadikan katsuboushi kepada kepingan-kepingan kecil dan halus umpama serbuk kayu. Ia selalunya dijadikan bahan tambahan untuk dimakan bersama sup dan sos.


Usai menonton Osen, saya berangan-angan untuk menonton drama atau filem Melayu tentang makanan tradisi Melayu pula. Sepanjang umur saya, rasanya saya belum pernah menonton drama sedemikian. Pada hemat saya, tidak salah untuk kita meniru idea sebegini untuk diadaptasi kepada karya tempatan. Jikalau kisah-kisah kongsi gelap dan anak muda rosak akhlak kita boleh tiru dengan justifikasi untuk menyedarkan masyarakat (which I doubt so much), lebih baik kita mengambil contoh yang baik. Kalau tidak salah, filem Cina dan Korea pun ada memaparkan tentang makanan-makanan tradisi mereka. Mari lah kita belajar-belajar mengambil yang baik-baik. Usah lah difikirkan hendak glamour sahaja, dan usah lah merendah-rendahkan kemampuan khalayak. Belum cuba belum tahu.

Sebagai cadangan, saya senaraikan isu-isu yang boleh diterokai dalam pembikinan karya berasaskan makanan Melayu:
- Kenapa bahan yang ditumbuk menggunakan lesung atau digiling lebih memberi rasa kepada masakan (boleh kaji asal-usul batu giling atau lesung batu)
- Asal-usul nasi lemak, nasi kerabu dan nasi dagang
- Kenapa kuih-muih Melayu banyak berasaskan kelapa
- Kenapa kalau memasak masak lemak cili api, kuahnya perlu ditimbuk (ini bahasa saya, saya tak tahu orang lain panggil apa) sepanjang masa
- Pantang larang membuat tapai
Cukup lah senarai ini, kalau para pembaca hendak tambah, dipersilakan. Kesimpulannya, orang Melayu juga kaya dengan rahsia dan petua masakannya. Kalau malas hendak kaji, boleh rujuk sahaja buku Ketupat Cinta oleh Faisal Tehrani (terpaksa mengaku, belum pernah baca lagi). Pendek kata, kalau Jepun ada Onigiri, kita pun ada Pulut Panggang. Kalau mereka ada Katsuboushi, kita pula ada ikan pekasam.


5 comments:

lady zaini said...

katsuobushi nih sedap makan ngan bubur nasi..n kadang2 tambah kt takoyaki...cedappp.
so itu ceria jepun terbaru awak yer? hehe...sasuga ida da ne:)

Kembara Sang Musafir... said...

salam idaa,

bila bercakap pasal ikan pekasam..ingat masa kecil2 dulu kena buat ikan pekasam sendiri. maklum laa musim tengkujuh org akan cari ikan pekasam ler, arwah ayah selalu jual ikan pekasam kat pasar..hehe

fireflies said...

Salams,

Ida.. hheh citer ttg katsuo pula yer.. akak rs katsuoboshi tu lebih sinonim dengan ikan bilis.. sbb ikan bilis ni boleh dikatakan wajib kene ada kat rumah masyarakat malaysia..masak apa apa pun buh ikan bilis

kak ani segamat said...

Salam Ida

bila ida kembali cerita tentang makanan, kak ani terkenang zaman ida di uia dulu...yang seronok tempek gambar makanan ringkas tapi menyelerakan.

Ikan bilis digoreng bersama bawang besar, bawang putih dan lada hitam yang ditumbuk (blend pun bole tapi jangan halus sangat) sangat sedap ida oi,makan dengan nasi panas...itulah menu harian masa berpantang

um. masyitah said...

Salam Taaruf Ida
wah gambar ikan perkasam tu sungguh menyelerakan. Teringat perkasam seorang sahabat baik saya dari Perak.