Thursday, December 03, 2009

Nur Kasih: Analisis Amatur Seorang Penonton Setia - Bahagian 1

Pertama kali saya menyaksikan iklan drama Nur Kasih (sewaktu itu belum ditayangkan), saya akui saya terpaku juga dengan sinematografinya. Tetapi hati berdetik, siapa lah muka-muka ni, tak kenal pun. Tambahan pula watak-wataknya semua berhijab, dalam hati saya berburuk sangka lagi, konon-konon cerita agama la ni, mesti tipikal dan maklumat tentang Islam mesti kurang tepat.

Tahu-tahu drama ini mula mendapat sambutan hangat dan menjadi sebutan ramai, namun saya masih lagi dengan buruk sangka saya yang tak habis-habis (atau kekecewaan dengan drama Melayu yang tak habis-habis?). Hanya apabila sudah 6 episod berlalu, saya saja gatal menonton drama ini secara online. Nothing to lose, fikir saya. Ternyata segala sceptism saya berakhir apabila menonton episod 1. Faktor tambahan, ada scene di masjid UIAM (yang saya rindu amat) sebagai masjid di Kaherah kononnya. Namun bukan itu sebab utama saya meminati drama ini.

Saya pecahkan faktor-faktor /ciri-ciri tersebut kepada dua bahagian: teknikal dan mesej.

Aspek Teknikal

  1. Cinematography: Teknik penggambaran dalam karya-karya arahan Kabir Bhatia sememangnya memikat hati saya. Filem Cinta contohnya, bagi saya setiap babak sangat cantik dipandang, begitu juga Drama Kekasihku Seru berjaya menambahkan lagi mood seram (walaupun saya tengok sambil tutup mata). Seram tetapi cantik, sungguh ironi. Nur Kasih meneguhkan lagi trademark Kabir Bhatia di mana penonton dapat menikmati keindahan sawah padi, kehalusan seni bina rumah-rumah tradisional Melayu dan keunikan seni bina bangunan-bangunan di UIAM :). Saya memang tidak belajar tentang teknik-teknik penggambaran yang baik, tetapi cukup lah saya katakan, saya bosan menonton drama/filem melayu yang meletakkan semua pelakonnya seolah-olah mempamerkan kandungan kotak. Semuanya tersusun di dalam bentuk segiempat sama. Mujurlah Nur Kasih tidak mengambil pendekatan sedemikian.
  2. Soundtrack: Ini faktor yang paling penting buat saya kerana saya memang penggemar soundtrack. Nur Kasih memiliki lagu-lagu background nya tersendiri yang sesuai dengan pelbagai tema: waktu sedih, waktu gembira, waktu terharu, waktu cemas dan saya sedar setiap kali Sara muncul dengan niatnya hendak membuat onar, ada satu lagu khas yang dimainkan, kalau dalam soundtrack Filem Hollywood mungkin ia akan dinamakan Sara’s Theme. Ini membuktikan drama ini dihasilkan dengan teliti, selalunya drama Melayu akan mengambil sesedap rasa mana-mana soundtrack filem Hollywood, drama Jepun, drama Korea (terutamanya Winter Sonata). Malah saya pernah membaca seorang teman menulis di blognya, dia pernah menonton drama Melayu yang menggunakan soundtrack Naruto! Lucu tetapi agak pathetic. Oh ya, ada sesiapa tahu, siapakah composer Original Score drama Nur Kasih ini, saya cuba juga membaca kredit akhir tetapi tidak terperasan pula. Original Score ya, bukan lagu tema Nur Kasih, itu semua tahu Yasin yang buat. Kalau lah saya boleh download hehe.
  3. Lakonan : Lakonan yang berkesan hanya akan terhasil sekiranya pengarah bersungguh-sungguh hendak mendapatkan take yang bagus. Dan pelakon pula bersungguh-sungguh untuk merealisasikan impian pengarah. Meskipun kebanyakan pelakon drama ini muka-muka baru, tetapi setiap ekspresi dan emosi berjaya diterjemahkan dengan baik. Lakonan muka-muka lama apatah lagi. Bagi saya, babak paling berjaya membuat saya keharuan ada dua:

i. Ustaz Hassan: isteri orang lain ada intan berlian, isteri abang? (dengan air mata berlinangan, uzur dan tahu dirinya hidup tidak lama lagi)

Mak Jah: isteri abang ada abang (terus menangis di pangkuan suami)

ii. Adam: Kalau you dah tahu you dah tiada dalam hati I, kenapa you masih..? (dengan muka bersalah sebab dah tak sayangkan isteri yang dulu dia cinta bukan main)

Katrina: Sebab you masih ada dalam hati I. Dan cukup lah I jadi isteri you sampai bila-bila. (dengan nada yang sangat redha, oh perempuan, perempuan)

Sentimental lah pula, ok kita sambung faktor seterusnya:

  1. Skrip: Dialog pelakon-pelakonnya tidak terlampau palsu dan tidak merosakkan bahasa. Contoh dialog palsu adalah seperti dialog drama Gerak Khas. Semua bercakap seperti menduduki ujian lisan Bahasa Melayu. Namun tidak lah pula drama ini menggunakan slang dan manglish. Sekurang-kurangnya saya tidak perlu mendengar orang-orang Melayu bercakap Inggeris + Melayu dengan slang mengalahkan orang putih (dalam cerita ini yang bercakap dengan pelat Australia ialah Katrina, dan ianya wajar serta sesuai dengan konteks cerita). Bahasa jiwa bangsa bukan :)

Panjang pula ulasan tidak bertauliah saya, insya Allah saya akan sambung aspek mesej pada entri seterusnya.

P/S: ZZ I am back to blogging, nur kasih punya angkara :-p

8 comments:

Kehelan said...

salam kak Ida...

sy mmg suka sgt part nih, smpi mengalir air mata!

Adam: Kalau you dah tahu you dah tiada dalam hati I, kenapa you masih..? (dengan muka bersalah sebab dah tak sayangkan isteri yang dulu dia cinta bukan main)

Katrina: Sebab you masih ada dalam hati I. Dan cukup lah I jadi isteri you sampai bila-bila. (dengan nada yang sangat redha, oh perempuan, perempuan)

lady zaini said...

owh tidak, tidak!! saya tak tengok lagi part tuh..wa :((

saya sangat2 + sangat2 suka kalau awak buat review.. tak kisah ler buku ker filem ker makanan ker..ngehehe..

Ida update blog! yeay..

ida_zy said...

kay,

kak ida bukan setakat mengalir air mata
siap tersedu sedan lagi time tu
siap rewind nak tengok balik scene tu
nak kasi perabih tisu hehe
tu bahayanya tengok sensorang

zz,
awak better tengok part tu
kalau awak tak menangis time tu
sah awak bukan perempuan haha

baiti said...

Salam..
k.ida ada blog rupanya...:-)
baru tau mase tgk FB...

Norshuhada said...

Salam...
Sekian lama baru nak komen. Okla cite ni bagi saya. Cumanya bab peluk2 pegang tangan tu saya geli la pulak, Sigh.. Masih menunggu cerita da'wah yang betul2 suci...

Aizwan Ali said...

salam tuan umah, tumpah berceloteh skali...

nur kasih memang best...tapi YANG TAK BEST nye ialah part last episod tu...adoiiiiiiiiii spoil habisss.

takkan la dah lepas dari tawanan, takde berita dari orang ramai pasal adam dah selamat? kan kan kan???

ending tu, aku rasa mcm nk cekik2 jeeeeee khabir bhatia tu!!!! ku tunggu seminggu sebelum episod akhir ngn harapan yg menggunung, skali PUNGGAAAAAHHHHH!!!!

ida_zy said...

baiti

a ah ada blog :-p
tapi merapu je lebih

en aizwan

terima kasih sudi menjenguk
saya pun rasa ep akhir dia agak kureng huhu

me,myself n all around da world said...

Askm kak Ida,

Wah, sama la. Saya juga suka ayat Ustaz Hassan masa dia sakit sangat tu.Ungkapan sang Isteri itu(jika benar-benar berlaku) bukan datang dari proses sehari dua, mungkin proses itu telah berlaku berpuluh-puluh tahun, namun dinyatakan dengan ayat yang ringkas dan penuh bermakna.

Saya berkongsi pandangan/review yang sama dengan Kak Ida. well done, boleh tulis artikel dah ni,hehe