Akhir-akhir ini, banyak sekali emel forward tentang pemboikotan barangan keluaran syarikat yang membantu ekonomi Israel. Baguslah, sepatutnya dari dahulu lagi kita memboikot produk-produk Israel tersebut. Tidak mengapalah, sekurang-kurangnya kesedaran tentang hal ini semakin meningkat terutama semenjak Lubnan diganasi habis-habisan. Jangan ingat dengan memboikot tiada kesan pada ekonomi Israel, jangan! Percayalah, kalau kita sama-sama berpakat memboikot seganas-ganasnya (pinjam istilah NyonyaLaMer.. oh silap.. NyonyaGlenMarie), akan lumpuh jua ekonominya.
Dan jangan lupa juga memboikot produk USA (negara paling akrab dengan Israel) setakat yang kita termampu. Kenapa saya kata yang termampu? Kerana saya maklum, produk USA terlampau banyak, malah sudah jadi darah daging kebanyakan daripada kita barangkali. Contoh mudah, komputer riba yang saya gunakan sehari-harian ini berjenama HP, jelas dan nyata keluaran Amerika. Namun tidak logik lah pula saya hendak membuang komputer riba saya ini, bukan kah lebih baik saya gunakan ia untuk dijadikan medium menentang USA, contohnya blog ini. Jadi sama-sama kita mulakan usaha murni (kalau anda belum mula, yang sudah lama mula, tahniah!) ini. Tidak mampu secara drastik, kita buat beransur-ansur. Paling mudah, hindarilah KFC, McDonalds, Pizza Hut dan apa-apa yang sewaktu dengannya. Jikalau ada yang rasa seram sejuk lantaran tidak dapat makan ayam KFC, saya perturunkan resepi istimewa saya (atas permintaan Xara hehe): Ayam Goreng Ala Chicken Chop Ala KFC. Janganlah mengharapkan rasa dan rupanya seiras serta benar-benar serupa ya... namanya pun ala-ala. Selamat mencuba!
Bahan-bahan:
Ayam separuh (Potong ikut suka)
3 ulas bawang putih (saiz kecil)
Lada hitam (Jumlah bergantung pada selera, kalau saya, lagi banyak lagi bagus)
Garam secukup rasa
Sos tiram secukupnya
Sedikit tepung ubi
Telur (Pukul kuning dan putihnya bersama-sama)
Biskut tawar yang dihancurkan (boleh juga ditumbuk dalam lesung batu)
Cara-cara menyediakan:
1. Tumbuk bawang putih, lada hitam dan garam bersama-sama hingga lumat
2. Perapkan ketulan-ketulan ayam yang telah dipotong tadi bersama bahan-bahan yang telah ditumbuk lumat dengan sos tiram secukup rasa
3. Gaulkan ketulan-ketulan ayam yang diperap dengan sedikit tepung ubi. Biarkan setengah jam. Kalau sanggup menunggu, lagi lama lagi bagus.
4. Celupkan ketulan ayam yang telah diperap ke dalam telur yang telah dipukul. Selepas itu golekkan dalam biskut yang sudah hancur.
5. Kemudian gorenglah ketulan-ketulan ayam yang sudah disaluti biskut itu di dalam minyak yang banyak.
6. Angkat dan hidangkan bersama sos cili Aminah Hassan (ingat, jangan makan sos cili Maggi ya...)
P/S:Maaf tiada gambar, belum berkesempatan untuk memasak akhir-akhir ini :)
5 comments:
Waahh.. nampak mcm sedap nih. KFC ngan Mc'D pun rasanya blh gulung tikar nih. :)
Nak tambah tips psl kegunaan tepung ubi.
Tepung ubi + air asam jawa = masker perawatan wajah. Lebih berkesan dari suntikan vitamin C dan Botox. Ahakss..(petua ni pon dari Ida gak benonyerr..)
ida ni pandai masak ya..nanti saya datang kena masak tau! hehe.. lepas tu sy belanja makan nak masak tak berapa cekap la hehe
salam ida,
mlm tadi sy dengar ulasan buku di ikim tentng sejarh pendudukn israel, memang israel negara haram yg hina.
kita slow2 boikot produk US, tapi yg tak leh dielakkn setkt ni nokia dn intel
http://www.inminds.co.uk/boycott-brands.html
dan dr yg by ulasan buku ckp(dr tu background agriculture, tp dah tulis 2 buku psl palestin, 1 lagi undr constction)ada 3 cara utk bantu palestin
1. doa
2.bagi derma utk kerajaan palestin, sbb Yusuf Qardhawi fatwakan wajib hukumnya org islam utk membantu palestin.
3.boikot brg israel dn kuncu2 yg membantu, mcm US, sbb, US beri bantuan free pd israel - termasuk syarikat rokok yg beri 30 juta.
Hmm.. Menarik resepi nie, boleh dicuba. Dah ada trademark or belum nie? Rajin2 la published resepi yang instant2 coz sesuai utk org2 bujang :)
Post a Comment