Wednesday, July 19, 2006

S. T. P.

Seorang rakan sekursus saya bakal melangsungkan pernikahan pada bulan Ogos ini, di Bandung, Indonesia. Teringin hendak menjejakkan kaki ke tanah seberang, tambahan belum pernah juga naik pesawat membelah awan dan merentasi langit biru. Pada kesempatan cuti hujung minggu yang lalu, saya suarakan hasrat hendak ke Bandung pada ayah. Seperti biasa, meski ayah tidak menyebut perkataan tidak; saya sudah dapat menangkap yang beliau tidak mengizinkan. ”Bukan Bandung tu dekat ngan Jogjakarta ke? Bukan awak takde pasport ke? Bukan ke awak kata awak sibuk?” Ya, perkataan bukan yang dilontarkan berulangkali itu sudah cukup untuk memahamkan saya. Walau saya sudah dapat mengagak keputusannya, saya saja-saja menanyakan. Manalah tahu, hati ayah terbuka membenarkan. Ternyata tebakan saya tepat. Maka saya batalkanlah keinginan hendak menjengah bumi Indonesia.

Ditakdirkan Allah, Indonesia sekali lagi ditimpa bencana. Tsunami datang lagi! Kali ini Pulau Jawa pula menyaksikan kemunculan ombak tsunami. Kali ini, saya tiada rasa keberatan lagi kerana tidak dapat ke Bandung. Pun begitu saya sangat-sangat dikejutkan oleh berita musibah ini. Saya tidak dapat membayangkan bagaimana Indonesia hendak menghadapi bencana demi bencana. Bak kata rakan saya yang bakal bernikah itu, SBY sudah pusing kepalanya. Baru hendak menangani bencana yang ada, datang pula malapetaka yang lain. Itulah, kuasa Allah memang tidak terjangkau fikiran kita. Indonesia sebenarnya menjangkakan tsunami bakal menimpa Padang, malah latihan menghadapi tsunami sudah dijalankan. Namun, kalau sudah Allah tetapkan Pulau Jawa, maka Pulau Jawa lah. Saat-saat begini sewajarnya kita lebih-lebih sedar betapa kerdilnya kita.

Maka saya menjangkakan sudah pasti lah perkara besar begini bakal menjadi tumpuan utama akhbar-akhbar harian. Tetapi betapa malangnya, kisah cik Siti juga yang mendominasi sebahagian besar muka hadapan. Seolah-olah keputusan cik Siti dalam memilih teman hidup akan memberi kesan pada masa depan negara. Saya kira saya boleh membuat analogi begini tentang headlines akhbar-akhbar kita: bukannya apa-apa saudara kita di Indonesia itu ditimpa bencana, penting lagi mengetahui paras rupa (ketebalan misai) bakal suami artis nombor satu kita. Saya rasa hal ini sangat menjelikkan, menyedihkan. Saya tidak sangka mutu penyiaran berita di negara kita sudah menurun. Jikalau tidak, masakan ada siaran langsung khas untuk penghebahan berita cik Siti hendak menikah. Saya mengerti yang kebanyakan rakyat Malaysia sukakan cerita-cerita murah begitu, tidak perlu berfikir. Akan tetapi media juga perlu ingat, kesalahan juga terletak pada media. Kenapa mesti terus-terusan menyogok pembaca dan penonton dengan berita-berita muluk penuh sensasi yang belum tentu kesahihan hujung pangkalnya. Umpamanya beginilah, media sekarang umpama ibubapa yang terus-terusan memanjakan anak-anak tanpa batasan. Dan kini lihatlah hasilnya, majoriti rakyat Malaysia jadi sangat manja. Hendak berhibur sahaja. (Saya tegaskan, bukan semua)

Itu belum masuk pergolakan di Palestin dan kedurjanaan Israel menceroboh Lubnan. Saya sudah tidak punya perkataan untuk menggambarkan betapa bosan dan bencinya dengan karenah Israel ini. Betul, kita mungkin tiada upaya hendak pergi berjihad di sana. Akan tetapi sekurang-kurangnya ambillah peduli, panjatkan doa, hulurkan derma untuk mereka. Janganlah ambil endah pada kisah-kisah cik Siti dan seumpamanya sahaja. Mungkin bunyinya agak emosional, tapi saya masih lagi hendak menyebut yang media perlu main peranan dalam hal memastikan berita-berita penindasan saudara-saudara kita sampai pada kita. Sama-samalah kita buka mata, tengok sekeliling, pastikan prioriti. Prioriti kita bukan artis, bukan AF, bukan Piala Dunia (saya tahu sudah habis, tapi hendak menyebut juga). Saya promosikan di sini pada yang belum tahu, jenguk-jenguk lah http://www.pedulipalestina.blogspot.com. Banyak sekali gambar yang tidak sanggup saya lihat, tetapi amat menginsafkan. Mohon Allah beri kekuatan untuk berjihad. Jihad dalam lapangan masing-masing, oh ya.. jihad saya sekarang ialah menghabiskan tesis. Anda semua juga punya jihad tersendiri, berusahalah laksanakan. Sama-sama kita doakan seluruh umat Islam ya.. :)

6 comments:

Anonymous said...

Greets to the webmaster of this wonderful site! Keep up the good work. Thanks.
»

Anonymous said...

ida, sy setuju sgt2. sy pun benci dgn isu2 entah ape2 kat paper..tp sy pernah attend talk johan jaafar, bekas pengarang utusan m'sia. dia kata mmg tu strategi paper. tulis headline yg besar2 psl PM, tp headline yg kecik2 tu sbnrnya org lg berminat, pasal mawi cthnya..

norzi p'wan chek pengacara mjlh3 ada ckp, dia tak nk besarkan anak2 dia dgn berita2 remeh..cthnya berita psl. setuju benar..sbb tu mjlh 3 buat reformasi utk bw isu2 berat..

lantaklah ct nk kawin dgn org umur 100 thn ke, mawi nak bertunang hari2 ke..hi2x sorry la yek ida emosional pulak..

Kay said...

mmg pun... sampaikan hitz fm yg tak pernah siar lagu ct, bleh siar lagu ct, then pg tuh kuiz pasal ct.. tp sian kat ikim.fm, pg tuh takde topik nak amik dlm paper utk hangat-hangat pagi ikim... sumernya kisah ct dlm paper..

Anonymous said...

Here are some latest links to sites where I found some information: http://google-machine.info/886.html or http://google-index.info/1236.html

Anonymous said...

Where did you find it? Interesting read » » »

Anonymous said...

Enjoyed a lot! » »