Monday, September 04, 2006

Sehari di IIUM CONVEST Hill

Lain sungguh suasana di tapak Convest tahun ini! Wah, meriah sungguh ! Pertama kali saya berpeluang menyaksikan teknik drifting secara langsung di dalam bumi UIAM yang tercinta ini. Julung-julung kalinya. Keriuhan dan keseronokan berganda. Bagai di litar F1 Sepang pula layaknya. Akan tetapi terasa ada yang kurang, lama juga saya memikirkan di mana silapnya. Akhirnya saya dapat mengesan, cuma gadis-gadis litar berskirt pendek yang tiada. Yang lain-lain bolehlah dikatakan persis umpama babak-babak daripada filem Tokyo Drift. Tahniah!

Lebih menarik, juga untuk pertama kalinya disediakan FunFair untuk para pengunjung. Ya, anda boleh menaiki Ferris Wheel dan menjerit-jerit keseronokan sesuka hati anda. Anda juga boleh sengaja menakut-nakutkan diri sendiri dengan memasuki rumah hantu. Kalau terasa hendak mengimbas kembali zaman main tikam-tikam sewaktu anda belum baligh dahulu, boleh juga. Pendek kata, acara-acara yang disediakan sangat memberansangkan.

Saya juga dapat saksikan perasaan cinta dan kasih sayang tersebar merata-rata. Tidak kiralah anda suami isteri, muhrim ataupun bukan, anda bebas berkepit dengan dengan si dia. Sama-sama menikmati juadah di bawah payung gerai. Saling bergesel bahu dan lengan pun tidak mengapa. Tiada siapa yang melarang. Andai ada mata yang memandang serong, ah.. pedulikan saja. Inilah tahap kebebasan sebenar bukan? Sukar untuk kebebasan sebegini dapat dikecap dalam CONVEST yang terdahulu.

Tahu-tahu matahari sudah condong ke ufuk barat, waktu maghrib nampaknya hampir tiba. Dengar-dengarnya ada konsert yang menampilkan artis seperti Siti Nordiana pada malam ini. Wah, setahu saya tidak pernah pula ada artis bukan nasyid dibenarkan masuk. Satu petanda yang baik, bukankah kita sedang menuju era liberalisme, sayang sekali jikalau kita tidak sama-sama mengejar kemajuan. Pendek kata, IIUM CONVEST tahun ini betul-betul menuju satu dimensi baru.

Nota: Ini catatan parodi ;)

10 comments:

Anonymous said...

wahhh..hebat convest tahun ni..
sekali pun keshi tak g jenguk convest ..dah ler jauh nak naik bas lagik! bas naik bas g pudu lagi terasa dekat muhahahaha...

wah konsert siti nordiana? ingatkan temu bual dengan diana ex tunang mawi erks :P

hebat! hebat!
mari kita semua jadi artis tak yah jadi student habiskan duit...!
jadi artis buat duit banyak-banyak cukur bulu kening pakai makeup kaler rona roni !

Anonymous said...

ralat:: baik naik bas g pudu...

~albazrah~ said...

Saya terbaca dalam perutusan Directer Convest...lebih kurang gini, kita bukan setakat nak UIA yang imej Islam, tapi seiring dgn universiti lain, mengikut arus perdana dan pelbagai cabaran, maksudnya tak mahu ketinggalan... (err...ini sentence saya, conclusion dari apa yang saya faham dari perutusan directer tu)

Kesian...kalau rasa jati diri Islam itu satu yang ketinggalan.

Kesiannnn....

Anonymous said...

hi kak ida...have an enjoyable trip to kuantan!!!


mana nak dpt lagu mcm kat blog ni ek? sedap laa

Xara said...

ye.. sekarang ini musim-musim artis masuk ke universiti kan? universiti kita semakin terbuka kan? pakaian pelajar pun semakin terbuka kan? hanya minda semakin tertutup kan? terlalu banyak hiburan.. program akademik semakin kurang sambutannya kan?

Anonymous said...

datang uia, nampak banner convest, antaranya 'funfair' pelik gak...lepas tu baru teringat SRC skrg bwh ameno...convest tetap bwh SRC kan..kesian kt adik2 undergrad..dah la kat luar hiburan melampau2..dulu duk gelak kat UM ada fun fair..skrg..

ida_zy said...

keshi, bazrah, xara n ibah:
mmg sedih bile tengok dpn mata uia tercinta ini telah berubah
apapun, don't give up! :)

tasya, thanks for coming
nk lagu? just emel me: idweasley@yahoo.com ;)

Anonymous said...

filsuf yang sesat:
http://www.patahbalek.blogspot.com/

me,myself n all around da world said...

best la ada funfair...ntah2 director dia pun men ferris wheel,huhu...

sy baru kenal dgn director convest 2003,xsilap sy...timbln YDP 2004

Anonymous said...

ida betul ke propembangkang menang 24 drpd 30 kerusi..bertmbah2 la sayng pd UIA :)

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2006&dt=0922&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_01.htm