Friday, March 06, 2009

Ada Apa Dengan Nama?

What’s in a name? Ada apa dengan nama? Demikian kata penyair terkemuka Inggeris, William Shakespeare. Akan tetapi, nama merupakan satu unsur yang sangat penting dalam ajaran Islam. Ibubapa diarahkan agar memberi nama-nama yang elok maknanya kepada anak-anak. Malah di dalam kalangan masyarakat Melayu, terdapat istilah nama yang ‘berat’ atau’panas’. Contohnya jika seseorang dinamakan Khairul Bariyyah yang membawa makna sebaik-baik manusia, ada kemungkinan dia tidak dapat memikul nama tersebut. Natijahnya, sewaktu kecil dia akan menangis tanpa sebab, selalu ditimpa sakit-sakit dan sebagainya. Lazimnya, ibu bapa akan menukar nama tersebut kepada nama lebih ringan yang dirasakan boleh ditanggungnya. Ataupun, di atas kertas, namanya masih nama lama, tapi dia digelar dengan nama baru. Maka tidak perlu hairan jika seseorang itu dipanggil Umi oleh kaum keluarga, jiran tetangga dan sahabat handai, tetapi apabila kita melihat kad pengenalannya namanya ialah Tengku A (kisah benar).

Islam juga menganjurkan agar kita memanggil seseorang itu dengan gelaran yang baik dan disukainya. Namun, kadang-kadang yang lebih sedih, apabila orang yang kita kenali tidak ingat nama kita. Sewaktu saya bersekolah menengah, saya bukanlah pelajar yang popular, tetapi merupakan salah seorang top 5 dari segi keputusan peperiksaan (ini juga kisah benar). Namun demikian, oleh kerana saya cuma cemerlang dari segi pelajaran tetapi tidak aktif di dalam acara-acara lain serta bersikap pendiam ( atau kata lainnya nerd), guru-guru tidak lah begitu mengenali saya. Selalunya pelajar-pelajar yang nakal dan aktif bersukan, pidato dan sebagainya yang mencuri tumpuan. Ketika itu, saya tidak lah begitu menghiraukan keadaan saya, tetapi ada masa-masanya tersentuh juga hati saya kerana guru tersebut lansung tidak tahu kewujudan saya sedangkan saya skor subjek beliau. Oleh itu, apabila ada guru-guru yang tahu nama saya, saya sangat-sangat menyanjung tinggi mereka. Betapa, hanya dengan nama kita diketahui, kita berasa sangat-sangat dihargai. Melangkah ke universiti, saya masih lagi dengan stail lama saya, pendiam, dan serius, tapi tidak lah begitu cemerlang kerana persaingan yang sangat sengit. Maka saya tidak lah merungut apabila pensyarah-pensyarah tidak boleh ingat nama saya. Tambahan, pelajar-pelajar universiti adalah tersangat ramai bilangannya. Kalau ada pun yang kenal, tutor-tutor sahaja.

Seterusnya saya masuk sekejap ke alam pekerjaan, dan mula membina sedikit-sedikit kemahiran berkomunikasi. Hasil daripada itu, saya berupaya untuk lebih berani menyuarakan pendapat dalam kelas sewaktu pengajian sarjana. Tambahan, bilangan pelajar pun sedikit, jadi mudahlah sedikit bagi pensyarah untuk mengingati nama kami. Ya, pengalaman yang nampaknya tidak begitu bermakna tapi sangat memberikan kesan kepada saya apabila saya sendiri menjadi pensyarah.

Terus terang mulai dari semester pertama saya mengajar, saya berusaha keras untuk cuba mengingati nama-nama pelajar kerana saya ingat sangat bagaimana perasaannya apabila pensyarah/guru mula mengenali nama kita. Namun, ketika itu juga saya bergelut dengan kesusahan menyesuaikan diri dengan persekitaran baru, budaya baru dan pelajaran baru. Maka saya agak kecewa kerana tidak berupaya mengingati semua nama mereka. Hanya 70 persen sahaja yang saya mampu. Semester kedua saya masih lagi kurang berjaya. Hanya 80 persen berjaya dirakam di dalam memori saya. Saya tidak putus asa, usaha perlu dipertingkatkan.

Ini semester ketiga saya mengajar. Dalam masa tidak sampai sebulan, Alhamdulillah saya boleh mengingati kesemua nama mereka. Rasa gembira yang tidak tergambar. Saya suka melihat reaksi mereka apabila saya memanggil nama mereka. Terutamanya yang pendiam dan suka menyendiri di belakang. Wallahua’lam, mungkin mereka jaki kerana saya telah mencerobohi kawasan persembunyian mereka. Namun, saya berniat ikhlas, saya tidak mahu dia rasa terpinggir, kerana saya pernah mengalaminya. Lebih menggembirakan, kini saya tidak perlu memanggil nama mereka seorang demi seorang untuk mengambil kedatangan. Cukup dengan memerhati mereka di dalam kelas. Seronok juga apabila di akhir kelas, ada seorang dua bertanya, “miss, saya belum sign kedatangan” atau “miss belum ambil kedatangan kan?”. Dan saya akan tersenyum menjawab, “ saya dah ingat nama awak semua.” Itulah tanda penghargaan saya buat mereka. Manisnya sukar diperikan. Tentu sahaja saya hairan, bagaimana ada yang boleh berkata, ada apa dengan nama. Mr Shakespeare, anda silap!

5 comments:

lady zaini said...

salamz, idaa...samalerr...sek menengah dulu, sy juga bukan student yg popular. wlupun tak jadi masalah sbb sy sendiri cuba menginvisible kan diri, tp kadang2 sedih juga bila guru tak ingat nama.

so bila mengajar ni, sy memang cuba ingat nama student, especially yg pendiam n low profile, tapi rajin (pandai ker tak, tak kisahla kan). huh~ masih gagal nk ingat semua, sbb student terrlalu ramai n tempoh mengajar sy agak pendek.

sy terharuu..im not alone.
a rose by the name "pucuk paku" doesnt smell as sweet...

ida, ganbatte!

Kehelan said...

salam...

kak ida, sama la kita... walopun tak secemerlang mana masa sekola, tp kira skor la jugak dlm exam.. kira top 5 jugak la kot utk kelas sains...

tp cikgu kelas, puan norwana still tak kenal sy..

bila pikir2 balik, sy tak kecik ati kalu cikgu2 lain tak kenal, tp bila guru kelas sendiri tak kenal, dgn student 18 org jek... sgt sedih...

skrg kalu jalan2 jumpa cikgu2 kat kuantan tuh, mesti berbelah bagi, nak tego ke tidak... nak tego ke tidak...

skrg dlm kelas sarjana, sy pun pendiam, cuma terasa sbb kita bleh skor dgn baik dlm exam, tp still kna + 5 - 10% penglibatan dlm kelas... biasanya org yg selalu namanya bermain di bibir lecturer jek yg dpr skor tuh...

ida_zy said...

salam zz

rupenye bende yg kita pk
banyak sama ek hehe
great minds think alike :-p

salam kay

tu la kan, kadang2 kita rasa macam kecik hati dgn cikgu kita dulu
tapi ya la, tak semua orang sebenarnye dikurniakan dengan kebolehan mengingati nama orang
tapi satu la yang kak ida sedar
ni pun selepas jadi cikgu la
kalaupun kak ida tak ingat nama student, muka dia insya Allah kita tak kan lupa (melainkan kalau dia ponteng tahap gaban)

believe me, mana2 cikgu pun akan terharu kalau student dia tegur dia
so jangan ragu2, biar la dia tak ingat pun, tapi kita dah menunaikan tanggungjawab sebagai murid
apapun dia tetap cikgu kita
personally, dalam tempoh mengajar setahun jagung ni, student2 kak ida tu insya Allah akan tetap kak ida ingat ....

fireflies said...

heheh.. kelakar pun ada bila bc.. akak pun selalu cuba hafal nama student.. tapi every sems asyik tukar student so rasanya 60% jer ingat... ada sekali tu akak dok ingat sorg student tu nama A.. then akak panggil suh jwb kat depan.. sakit hati tul sbb dia buat dek jeee.. rupanya student A tu tak dtg.. nama dia lain huhuh wrong person la.. sib baik pandai control.. akak sia panggil studnt yg akak ingat nama A tu then akak tanya awak nama aper ek? then lepas tu akak suh dia juga jawab hehe..

Tapi betulla.. selau cikgu ingat budak2 yg aktif ms kat sek.. akak mmg aktif dan scorer (kisah benar gak heheh) dan cikgu mmg kenal.. tapi ada pro dan cons gak...

apa pun welcome back to blog world!

aNNdiNN said...

totally agree! mase mule2 ngajar ingat sume name students in all 4 classes in 1 month! un4tunately, tahun ke tahun, i took like 1 semester 2 remember them all..*sudah tuakah aku? am i lackin lecithin?...
hm, kat SMAI dulu cikgu selalu pangge saye 'Herny' :P