Saturday, March 21, 2009

So Emotional

Akhir-akhir ini saya memang sudah tidak berahi menonton berita jam 8 di televisyen. Suasana di Malaysia tidak ubah seperti sarkas. Sungguh ramai badut dan pelawak yang berlagak pandai memberi hujah. Menonton hanya menambahkan sakit kepala. Lalu saya mula beralih kepada rancangan Oprah Winfrey Show di saluran Hallmark. Kadang-kadang topik yang dibawakan dalam rancangan ini ala-ala sarkas juga, tetapi kebanyakannya boleh dikatakan memberi manfaat dan membuka minda penonton. Antara isu yang menarik hati saya ialah tentang usaha seorang paderi di US yang menjalankan kempen ‘Complaint-Free World’.

Pada mulanya kempen tersebut disasarkan hanya kepada para jemaah gerejanya sahaja. Kemudian, ia mendapat sambutan yang memberansangkan hingga ke Negara-negara luar US. Konsepnya mudah: seutas(betul ke seutas?) getah khas disediakan untuk setiap peserta bagi dipakai di pergelangan tangan masing-masing. Apabila peserta ada merungut walau sekali, getah tersebut mesti ditukar ke tangan sebelah lagi dan begitu lah seterusnya bagi setiap rungutan yang dikeluarkan. Paderi tersebut sendiri mengakui, adalah sukar untuk tidak merungut, tetapi ia bukan lah mustahil. Beliau mendakwa, hidupnya rasa lebih tenang dan selesa apabila tidak merungut. Sebetulnya ini merupakan konsep redha dalam Islam bukan? Namun begitu lah, konsep Cuma sekadar konsep yang tidak dilaksanakan. Apapun selepas menonton episode ‘Complaint-Free World”, saya berusaha untuk tidak merungut juga.

Ya, ternyata bukan mudah. Tambahan apabila berada di jalan raya. Boleh dikatakan setiap minggu saya akan memandu pulang ke kampung halaman. Antara senario-senario yang saya tidak dapat tahan daripada merungut adalah seperti berikut:

1. 1. Ada lori besar berada di hadapan. Saya tidak dapat berani memotong ketika jalan hanya satu lorong. Apabila sampai kepada jalan dua lorong, saya akan berusaha memotong lori tersebut kerana itu adalah peluang keemasan. Tetapi, selalunya ada encik yang di belakang tidak sabar-sabar untuk memotong saya juga, malah tidak sempat menunggu saya masuk lorong kiri. Ketahuilah encik, kereta comel saya ini tidak boleh memecut lebih daripada 110 km/j. kalau saya tekan minyak juga, alamatnya melayang lah kereta saya. Atau encik mahu tengok saya buat aksi kereta terbang macam bas terbang dalam filem Speed yang soundtracknya sangat best itu? Ya, saya tahu encik mahu berlagak seperti pelumba di litar F1 Sepang, harap dapat bersabar ok.

2. 2. Jalan satu lorong juga, tetapi tidak lah sibuk. Malah boleh nampak dengan jelas kereta dari lorong bertentangan. Tetapi ada encik pemandu lori yang hebat bergaya asyik mencucuk-cucuk kereta saya dari belakang. Padahal tiada kereta di hadapan, tetapi masih mahu mengekor saya. Apakah masalahnya? Kalau rasa mahu pecut potong lah, tidak perlu tersengih-sengih di belakang.

3. 3. Tiada lintasan zebra tetapi ada pejalan kaki mahu melintas. Ok, kalau mahu melintas boleh, tapi tolong lah tengok kereta yang lalu, ini tidak, main lintas sahaja. Malah ada yang berjalan ala-ala catwalk tanpa rasa bersalah. Sekurang-kurangnya tolong lah berlari-lari anak sedikit.

4. 4. Penunggang motosikal tiba-tiba memecut memintas bagai motorcross lagaknya. Sungguh mengejutkan. Ataupun yang jenis bersaing-saing di atas jalan raya macam Erra Fazira dan Awie bergurau-gurau lumba basikal dalam Sembilu. Habis satu lorong diambilnya. Bagaimana hendak memotong?

5. Sedang memandu tiba-tiba saya dihon. Kalut juga kalau-kalau ada tersalah bagi signal, atau terlupa tersalah masuk lorong. Tetapi setelah diperiksa diteliti, semuanya rasa serba kena. Akan tetapi dihon juga. Yang tukang hon itu selalunya pemandu lelaki lah. Sungguh tidak faham. Apakah faedah yang didapatinya hasil daripada menghon pemandu perempuan. Wallahua’lam.

6. 6. Pemandu yang tidak bagi signal apabila hendak tukar lorong atau masuk simpang. Hairan bagaimana dia boleh lulus ujian memandu. Perkara paling asas pun tidak tahu dilaksanakan. Apa dia fikir pemandu lain boleh baca fikiran dia agaknya?

6 senario cukup lah rasanya. Apapun saya berterima kasih pada pemandu-pemandu yang berhemah dan sabar dengan cara pemanduan saya yang berhemah. Maklumlah pemandu amatur. Tetapi saya bangga juga dengan diri sendiri kerana berupaya membawa kereta manual dengan stereng yang tidak power :).

Sungguh emosional entri ini. Maafkan saya pembaca-pembaca. Sekali sekala, saya pun datang angin juga. Hehe , so much for a complaint-free world.

8 comments:

Norshuhada said...

Salam,

Heheh.. Salah satu tips untuk tidak merungut ialah dengan berbaik sangka. Mari kita tengok apa sangkaan2 baik untuk setiap kes.
Kes 1: Mungkin dia dah nak terkucil atau telur dah di hujung tanduk.
Kes 2: Pemandu baru dapat lesen, tak berapa pandai estimate jarak. Nak motong awak dia takut.
Kes 3: Leher dia sakit, tak boleh nak telengkan leher tengok keta lalu lalang, kaki plak lenguh tak boleh nak jalan laju2.
Kes 4: Sama macam kes satu di atas.
Kes 5: Sah dia nak ngurat awak. Awak patut menghon balik dalam kepanjangan lima harkat (minimum) sebagai tanda protes tak rela dingurat sebegitu rupa.
Kes 6: Lampu signal rosak lah..
Nah.. Kalau betul lah sangkaan2 ni, mesti awak jatuh kasihan pada diorang dan tak komplen2 lagi.

p/s: sesekali dapat peluang baca blog kawan-kawan, nahh hambik sana komen aku... ehehhehe... (eh, kalau ada conference pasal traffict, mungkin komen saya boleh buat paper - traffict psicology, ewaahhh..)

Norshuhada said...

eh, ada typo lah.. maff ya...

Norshuhada said...

eh, ade typo lagi plak... ;p

me,myself n all around da world said...

hi kak ida,

sy drop something kat email kak ida.

tq for the wishes. moga Allah mudahkan utk sy dgn keberkatan doa kak ida

aNNdiNN said...

Salam kak...lame x singgah cni :) Ooh, i watched dat oprah episode! Sy teringin nak band tu juz 4 d fashion :P tp i nvr get any 4 meself even it's sold almost evrywhre including mcD. i agree there, nak kene husnu dzhon...tp sy pernah jugak dgr, zmn skrg kene su'u dzhon jugak utk berhati2, kite dah xble tak semena2 tolong org yg kesusahan tepi jln...dh byk kes tolong org-aniaya org skrg ni...dunia mmg nk kiamat

Kembara Sang Musafir... said...

Hmm...nampak gaya aku lebih agresif drp ko ida...kalu time memandu, mmg tak sabar langsung...pantang ade kete slow depan aku, terus aku membebel..hihi...

Ibah said...

Salam

He he he.. good luck for ur drive... ;)

laila enzai said...

i used to make this statement : "the bigger your car, the worst driver you are, and plus, that big expensive car, it's signal is broken, pity." hahaha :P