Bukan setakat kebiruan, pagi ini sudah hampir kehitaman. Malah tompok merah keunguan yang mulanya kecil sahaja merebak pula ke kawasan sekitarnya. (Sekitar apa ya? Biar anda tertanya-tanya dulu). Apabila ditekan, Tuhan sahaja yang tahu kesannya pada si empunya diri. Hendak disuakan penawar tiada pula. Apa bendalah ya gerangannya yang berwarna-warni ini. Harus diingatkan ini bukan entri pasal makanan atau masakan terbaru saya ;). Sebetulnya benda yang diwarnai pelbagai jenis warna itu adalah pelipat tangan kanan saya. (Terima kasih pada Shada yang memperkenalkan perkataan pelipat)
Semalam saya menderma darah untuk kali ketiga. Pada kali pertama saya menderma langsung tiada rasa sakit, kali kedua ada rasa sedikit sakit semasa si jururawat mencucuk salur darah saya, kali ketiga bukan setakat sakit semasa salur darah dicucuk; bahkan pelipat saya jadi lebam-lebam hingga muncul tiga warna. Adakah kerana fizikal saya yang semakin ‘comel’ akhir-akhir ini mengakibatkan kesukaran mencari salur darah di pelipat tangan kanan saya. Wallahua'lam. Yang pasti, saya sedang cuba memaafkan perbuatan si jururawat tersebut.
Bercakap tentang menderma darah, mari kita rujuk pendapat sarjana Islam era ini yang memang cukup dikenali, Sheikh Yusuf Al-Qaradawi. Berikut adalah jawapan beliau terhadap pertanyaan tentang pendermaan darah:
"Blood donation is the best assistance a man can offer a patient who needs a blood transfusion due to blood loss or surgery. Donating blood is a highly estimated deed, as it saves the life of a human being whether he is a Muslim or not. It is an act whose virtue is explicitly clarified in the Qur’anic verse in which Allah the Almighty says: “Whosoever killeth a human being for other than manslaughter or corruption in the earth, it shall be as if he had killed all mankind, and whoso saveth the life of one, it shall be as if he had saved the life of all mankind” (Al-Maidah:32)

It is well-known that donating money is a highly esteemed deed in Islam; Allah is pleased with such deeds, so He accepts them and multiplies their reward up to seven-hundred-fold and more, by His Will. Donating blood is even greater in virtue and reward than donating money, as the former saves the life of a human being. Blood, which is a part of man, is more precious than money. The blood donor gives part of his body to his brother or sister out of love and solidarity.
The virtue of blood donation increases when it is done to support a person in a hazardous condition and relieve his hardship. This is an extra virtue that qualifies one for more reward from Allah the Almighty. It is reported that the Prophet (peace and blessings be upon him) said: “Verily, Allah likes supporting a man in need” (Reported by Abu Ya`la, Ad-Dailamy and Ibn `Asakir, on the authority of Ibn Anas, as related in Faidul-Qadir 2/287).
Rasanya tidak perlulah saya terjemahkan kenyataan Sheikh Yusuf Al-Qaradawi di atas kerana saya tahu pembaca-pembaca blog saya ini pandai bahasa Inggeris semuanya :D. Cuma saya ingin menekankan ayat yang menyatakan perbuatan menderma darah adalah lebih mulia daripada menderma wang. Besar harapan saya agar entri ini dapat membuka hati-hati para sahabat pembaca untuk menderma darah. Pada yang sudah bermula, saya ucapkan tahniah. Jika mahu baca pendapat Sheikh Yusuf Al-Qaradawi berkenaan hal pendermaan darah dengan lebih lanjut boleh klik di sini.

Selain menderma darah, pendermaan organ juga dibenarkan di dalam Islam. Saya pernah terfikir untuk mendaftar nama bagi tujuan tersebut, tetapi belum dapat keberanian untuk berbuat demikian. Moga Allah kurniakan keberanian itu satu hari nanti, insya Allah. Berbalik pada pendermaan darah, mulai tahun ini saya bercita-cita hendak menderma darah sekurang-kurangnya setahun sekali, insya Allah. Saya umumkan di sini bukan dengan tujuan hendak berlagak, tetapi sebagai peringatan pada diri saya. Saya pernah terbaca, jikalau kita menulis matlamat kita, insya Allah kita akan lebih bersemangat hendak mencapainya. Harap-harap tidaklah terjumpa jururawat semalam itu lagi.
Pada sesiapa yang ingin merujuk fatwa-fatwa berkaitan isu semasa termasuk pendermaan darah dan organ, bolehlah merujuk Bank Fatwa di Islam Online. Kalau pandai bahasa Arab boleh pergi ke laman web Sheikh Yusuf Al-Qaradawi.
Akhir kalam, selamat menderma!
2 comments:
bravo ida!! kawan sy dulu pernah kene camtu gak..end up dua2 belah (Pelepat??) tangan dia lebam teruk setelah dicucuk jarum beberapa kali lagi haru dia takleh derma darah utk selama2nya sbb darah dia jenis yg cepat membeku mmm kesian ..tapi saya mmg sangat teringin nak derma darah apakan daya..dr dulu sampai skrg tak kesampaian...tp yg penting niat tu dah ada ..bila nak tulis entry pasal makan2 di bilik shima? hehe..
Nampaknya entry ini sgt mengesankan, lebih teruja membacanya berbanding ceramah dari pak Sammy kita.."Pemuda pemudi harapan bangsa, dermalah darah, janganlah menghisap dadah..".
Bacalah ikut versi pak Sammy kalau berani.. :p
Post a Comment