Monday, May 22, 2006

Tanda-Tanda Perhubungan Mula Berputik

Berikut adalah tanda-tanda tersebut:

  • Apabila anda ternampak kelibat si dia dari jauh, anda jadi tidak keruan hingga mengubah arah perjalanan kerana begitu gemuruh hendak bertembung dengannya
  • Kadangkala anda bagai ternampak-nampak akan si dia, padahal yang anda nampak adalah orang lain
  • Anda jadi peka dan sensitif terhadap suara dan derap langkahnya
  • Anda jadi serba-salah jika tiada idea dan pandangan untuk diutarakan kepada si dia, lalu anda hanya mampu tersipu-sipu seraya mengukir senyuman semanis yang termampu
  • Jika si dia tidak mencari anda untuk jangkamasa yang lama, anda mula rasa tidak dipedulikan namun tidak pula anda berusaha mencarinya
  • Jika si dia terlalu kerap mencari anda, perasaan rimas pula bertandang; pendek kata segalanya serba tidak kena
  • Setiap kali nama si dia tertera pada paparan skrin telefon tangan anda, jantung anda tidak semena-mena diserbu debaran kencang

Demikianlah serba sedikit rumusan yang dapat saya simpulkan hasil daripada permerhatian dan pengalaman peribadi saya dan teman-teman bersama si dia. Jangan silap faham, si dia yang dimaksudkan bukanlah buah hati pengarang jantung atau apa-apa yang sewaktu dengannya. Gelaran si dia ini khusus buat penyelia tesis kami. Bagi yang pernah dan sedang menyiapkan tesis sahaja yang tahu betapa unik dan ‘romantik’nya perhubungan pelajar dan penyelia tesis.

:-D

10 comments:

munirah hayati said...

psstt... lapar la ida... kalaulah boleh makan blog ida nih :)

aisey, perhubungan jenis apakah ini? :P jelesnya, saya tak mungkin lah agaknya merasa debar yg sama :D

Anonymous said...

kelakar giler, mati2 saya ingat awak dah ada si dia,ceh..kiasan je rupanye..hampeh betul!

Anonymous said...

Ingatkan ida dah mula jatuh cinta!! Tapi kalau dah jatuh cinta kan ida, perasaan yang samalah akan terjadi pada diri kita..manisnya detik2 itu...

ida_zy said...

haha, seronok jugak bile ramai org ingat sy betul2 jatuh cinta
sesungguhnye 'percintaan' dgn tesis sudah cukup menyibukkan sy :D
tp kalo ditakdirkn cinta itu dtg
idak le plak diri ini menolaknye

utk makluman sume, kalo pon betul hati ini dicuri, sy x kan hebahkan kat cni hehe...

kak ani, tima kasih sbb selalu jenguk2 blog sy yg tah apa2 nih
nk mai 7/6 ek, ok je kalo nk jmp
kak ani tadek blog ke? x pon emel je sy kat idweasley@yahoo.com
ape salahnye menambah rakan seislam :)

mfrstudio said...

huish...berdebar je baca entri nih.. time kasih kerana saspen anda menjadi...huhu

Faisal Nordin said...

dah letak link kat web dah :)

Anonymous said...

mm...what can i say..we started out well but now..its going mmm not so smooth..walking out of the relationship is so out of question but to confront him without "solid explanation" might complicate the so called 'relationship'...yup..we speak the same language and abt the same issue here..dearie SV where are thou.....

Anonymous said...

emmm....aku pun terasa jugak skrg.:)shima

Anonymous said...

muhahahah...no komen.. tapi nak komen gak....tapi tak tau nak komen apa...

~albazrah~ said...

Ida...betul tu, kalau tau supervisor selalu guna certain2 tangga atau lift... saya seboleh-bolehnya mengelak dari lalu tangga tu... adusss.

Kalau nak jumpa esok, hari ni dah sejuk tapak tangan dan tapak kaki...

Adrenalin laju...