Tunas Cipta, majalah yang pada mulanya saya beli atas dasar rasa bersalah dan simpati sebaliknya telah membuka mata saya. Surat dari editornya yang bertajuk Langkah Pertama Menjadi Penulis terasa kena betul pada batang hidung saya. Antara ayat yang menarik perhatian saya:
Idea yang terlintas di fikiran janganlah disimpan, sebaliknya pindahkanlah ke dalam bentuk penulisan yang mungkin berupa idea baharu yang tidak terfikir oleh orang lain.
Kepala saya ini memang banyak idea, tetapi tidak diluahkan sahaja. Mujur tidak sakit jiwa memendamnya. Lagi petikan menarik:
Sememangnya ramai remaja yang sudah ada minat menulis sejak zaman persekolahan, namum tidak dapat diteruskan kerana tiada keyakinan diri. Keyakinan diri inilah yang perlu dibentuk dalam diri setiap remaja dan penulis melalui penulisan yang berterusan.
Ini memang sangat kena dengan saya. Waktu sekolah menengah, saya ada juga menulis secara suka-suka, sekadar untuk dibaca teman-teman sekelas. Almaklum, umur remaja, pastilah kisah cinta. Ala-ala novel cinta Alaf 21 sekarang. Itupun atas permintaan mereka. Saya menulis macam novel bersiri pula, ada sambungan-sambungan. Bergantung kepada berapa banyak kerja sekolah yang perlu disiapkan. Ada juga teman yang mencadangkan saya menghantar karya kepada majalah-majalah. Tapi itulah, saya tidak yakin saya boleh menulis. Saya fikir untuk suka-suka mungkin boleh.
Apabila saya masuk matrikulasi kejuruteraan, saya rasa subjek-subjeknya sangat susah. Berhempas pulas juga untuk menyesuaikan diri. Tambahan bersaing pula dengan rakan-rakan sekursus yang jauh lebih hebat. Perkara ini berlarutan hingga tamat pengajian sarjana muda. Saya terpaksa menumpukan perhatian pada kursus agar saya boleh lulus dengan baik. Nampaknya bidang kejuruteraan memang bukan bakat semulajadi saya. Sepanjang tempoh itu, penulisan memang saya tinggalkan tetapi tidak lah sepenuhnya. Waktu tahun ketiga, saya jatuh cinta dengan buku-buku Harry Potter. Peminat-peminat Harry Potter gemar menulis karya-karya yang digelar Fan Fiction, kisah Harry Potter versi peminat. Menulis Fan Fiction membolehkan kita menulis kisah Harry Potter berdasarkan jalan cerita yang kita buat sendiri. Saya pun tidak terkecuali. Ada juga saya pos satu dua Fan Fiction di forum rasmi Harry Potter di internet, dan ada lah juga beberapa orang yang memberikan reaksi mereka sukakan cerita saya. Jadi mungkinlah boleh saya katakan, Harry Potter memberikan inspirasi kepada saya untuk menulis di dalam bahasa Inggeris.
Sewaktu menganggur dan bekerja sementara, saya kembali menulis di dalam bahasa Melayu. Kebanyakannya saya peram sahaja, tetapi satu dua saya pos dalam forum di internet. Seperti biasa, ada juga reaksi positif yang diterima tetapi saya masih tiada keyakinan diri untuk menghantar ke mana-mana. Hingga sekarang saya sudah sampai ke tahap pengajian sarjana, saya masih cuma menghantar karya saya ke forum internet. Tetapi artikel ‘Langkah Pertama Menjadi Penulis’ benar-benar membuatkan saya berfikir. Sebenarnya saya bimbang pengajian saya akan terjejas sekiranya saya benar-benar ingin bergiat dalam bidang penulisan. Tambahan pula saya dalam proses menyiapkan tesis sarjana yang bukan sahaja melibatkan menulis serta penyelidikan yang mendalam, tetapi juga pengaturcaraan berjela-jela yang saya kurang mahir. Hakikatnya memang saya perlu berusaha lebih jika saya ingin tesis saya disiapkan dalam tempoh sepatutnya. Saya menganggap kursus kejuruteraan komputer yang saya ambil ini sebagai amanah yang perlu dilaksanakan, dan menulis adalah impian saya. Akan tetapi, saya tidak yakin boleh melakukan kedua-duanya. Bagaimana ya?
Yang diperlukan untuk meraih segala impian anda dalam kehidupan, ada di dalam diri anda, terokailah diri anda
Terokai diri? Ayat ini membuatkan saya semakin jauh berfikir.

No comments:
Post a Comment