Judul: Tunggu Teduh Dulu
Pengarang : Faisal Tehrani
Penerbit: Penerbitan Selain
Genre: Novel Dewasa
Watak utamanya Salsabila Fahim mengingatkan saya kepada seseorang yang rapat dengan saya. Kalau boleh, segala tanggungjawab, segala beban mahu dipikul hingga kami di sekeliling yang rasa penat melihatnya. Malah pernah juga saya berasa kecil hati, serasa dia tidak mempercayai saya. Apa tidaknya, segala kerusuhan hati dan perasaan gundah gulana dipendamnya sendirian. Sedikit sebanyak, saya faham kenapa Teh Sofia berasa diketepikan sehingga sanggup membawa diri. Tetapi rasanya saya bukan lah jenis yang akan mengambil tindakan sedrastik itu :)
Membaca Tunggu Teduh Dulu (TTD) membawa saya menelusuri hati dan perasaan orang sejenis Salsabila Fahim. Meskipun saya mengerti tindakan menanggung kesusahan secara sendirian itu bertitik tolak dari perasaan tanggungjawab dan perasaan enggan menyusahkan orang, kadang-kadang saya sukar menerimanya. Ada masa-masanya saya berasa cuak dengan tindak-tanduk Salsabila Fahim sewaktu membaca buku ini. Namun saya tidak menafikan, andai ada seseorang yang layak mengecap kebahagiaan, dialah orangnya. (‘Dia’ merujuk kepada Salsabila dan juga orang yang rapat dengan saya itu)
Saya sangat tertarik dengan konsep jangan terlalu rasa terikat dan memiliki di dalam buku ini. Kita sudah biasa disuakan ungkapan seperti ‘apa yang ada di dunia ini hanya sementara’ dan ‘segala-galanya milik Tuhan Maha Esa’. Akan tetapi, secara peribadi; ungkapan ‘jangan rasa terikat dan memiliki’ lebih mengesankan saya. Saya kira, petikan kata-kata Teh Sofia yang saya perturunkan di bawah boleh merumuskan konsep ini:
“Aku diajar bahawa penderitaan adalah kerana keinginan dan pemilikan, ia muncul kerana ada kelekatan atau attachment. Aku terlalu bergantung hingga lupa pergantungan yang lain.”
Satu lagi ciri menarik dalam buku ini yang rasanya sudah banyak diulas orang ialah kepandaian penulis menggambarkan sifat-sifat perempuan dengan terperinci. Perbuatan seperti mencubit pinggang, menampar bahu, menepuk paha dan sebagainya sesama rakan perempuan memang lumrah. Kami orang perempuan memang biasa melakukan demikian apabila diusik atau ingin mengusik. Wallahuaklam tidak tahulah kenapa. Begitu juga panggilan seperti sayang dan makcik, itu memang biasa kami gunakan bila berbicara sesama kaum hawa. Sewaktu membaca TTD, terasa seperti penulisnya seorang perempuan pula!
Secara jujurnya saya mendapati kisah yang diangkat dalam buku ini, sudah sering diangkat di dalam buku-buku lain. Tema wanita gigih menempuh cabaran, berhadapan masalah cinta dan persahabatan memang sudah biasa, terutamanya di dalam drama-drama Korea. :D. Bezanya, TTD menjelaskan dengan sangat terperinci pada setiap perkara dan setiap watak. Umpamanya, banyak karya yang menceritakan watak-watak melibatkan diri dalam perniagaan, tapi tidak jelas pun apa yang dijualnya, apa cabarannya. Selalunya, keterangan yang diberikan adalah secara kasar, tidak memuaskan. Tahu-tahu, watak-wataknya berjaya menempuh cabaran dan mencapai kejayaan. Kelazimannya, tumpuan diberi kepada hati dan perasaan watak-watak.
Paling menarik bagi saya tentang TTD ialah tajuknya. Konsep berteduh itu sangat luas maknanya. Saya bukanlah orang yang pandai ilmu-ilmu metafora, tetapi rasanya saya boleh memahami. Secara peribadi, saya rasa buku ini lebih ringan berbanding buku-buku penulis yang lain, sesuai untuk menarik pembaca-pembaca. Meski nampak ringan, saya tidak memandang rendah segala usaha penyelidikan yang dijalankan penulis dalam menghasilkan buku ini. Tentunya lebih sukar untuk ‘meringan’kan perkara yang berat, berbanding menulis perkara berat tanpa ‘meringan’kannya. Maaf kalau ada yang tidak faham perumpamaan saya ini, saya sendiri tidak tahu apa ayat yang lebih sesuai untuk menggambarkannya.
Walaupun sudah khatam TTD, saya masih tidak faham apa maksud tersirat ayat yang ditulis penulis sewaktu menandatangani buku ini: ‘Semoga sempat berteduh’. Kalau ada yang faham, tolong maklumkan saya. Sengaja ingin saya maklumkan, mengikut kalendar Hijriah; hari ini genap 28 tahun saya menumpang berteduh di muka bumi Allah ini. Harap-harap, dalam baki tempoh saya berteduh ini, cukuplah bekalan untuk saya bawa ke alam seterusnya. Amin.
3 comments:
oh ibah, tima kasih kerna sudi berkunjung :)
hehe apasal saya nak marah lak
bukan saya tulis buku ni
maybe awak sedar kejanggalan tu sebab awak ni memang teliti orangnya
thanks kak ida... citer nih mmg best.. gaya pengulas pun best...
Assalamualaikum
Dalam Kenangan (Kump. Wheels)
Bila terkenang masa lalu
Rasa terharu
Segalanya masih kekal
Dalam kenangan
Bila di persimpangan jalan
Berpisah Jauh
Sekian lama di rantau
Bersendiri
Tiada lagi seruling senja
mendayu
Tiada lagi ketawa riang
bersama
Bila sepi mengusik hati
Semuanya kini dalam
kenangan
Aku kirimkan restu pada ayah
dan bonda
Budi dan jasamu tetap dalam
kenangan
Teman seiring jalan kini jauh
dariku
Kemesraan kita tetap dalam
kenangan
Tiada lagi suara ombak
di pantai
Tiada lagi bayu Teberau
membelai
Di saat sepi begini
Semuanya kini dalam
kenangan
Bila masanya tiba nanti aku
kembali
Pasti ada yang berubah dan
tiada lagi
Dan bila kutinggalkan lagi
kampung halaman
Segalanya akan abadi dalam
kenangan.
Post a Comment