Manusia ini ada pelbagai ragam dan perangai. Meski Allah mengurniakan jenis-jenis perasaan yang sama kepada semua: sedih, gembira, benci, suka dsb; tahapnya berbeza-beza bagi setiap daripada kita. Ada yang tahap kesabarannya sangat tinggi, ada yang mudah melenting walau sebabnya kecil amat, ada yang senang membenci dan ada juga yang hatinya mudah jatuh sayang. Dek kerana variasi sedemikian rupa, hubungan antara manusia juga boleh terbentuk dalam pelbagai cara. Ada yang hubungannya sangat mesra, ada yang tidak boleh langsung bertemu muka dan ada hubungan yang biasa-biasa sahaja, tiada sebarang perasaan khusus atau istimewa.
Jika kita mendapati ada yang tidak kena dalam hubungan sesama manusia, periksalah hubungan kita dengan Yang Maha Pencipta, Allah S.W.T. Jika lazimya kita cuma berusaha mengesan kepincangan dalam selok-belok tatacara perhubungan sesama manusia, tidakkah kita sedar akan kemungkinan kepincangan hubungan kita dengan Allah menjadi penyebab? Mengadulah padaNya, sesungguhnya Dia Maha Mengetahui, Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Kita kadang-kadang tidak sedar, Allah mendatangkan kasihNya dari sumber-sumber yang sama sekali tidak disangka. Andai kerenggangan hubungan sesama manusia membawa kepada keakraban kita kepada Allah, bukankah itu satu cara Dia mengingatkan kita agar jangan sekali-kali lupa yang Dialah Maha Berkuasa atas segala-gala?
Kita manusia, memang fitrahnya pelupa, lupa kita ini bernaung di bumi Allah atas belas ihsanNya. Jadi, sekali sekala Allah timpakan ujian, terima lah dengan penuh syukur. Itu tanda Allah masih ingat dan kasihkan kita. Sahabat handai, sanak saudara, semuanya sekadar dipinjamkan kepada kita. Pupuk lah dalam hati, hanya Allah tempat pergantungan sejati, pasti sebarang kehilangan, sebarang kerenggangan tidak begitu dirasai.

No comments:
Post a Comment